Friday, December 11, 2009

Renungan berkeluarga

Bagi yang bujang sesuatu i’tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaS
ekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Friday, October 30, 2009

Tazkirah menguap

Assalamualaikum. ..

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga
saya... tetapi kadang kala
kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun
kita tidak mahu ambil tahu
apakah keburukan menguap .

Adapun kalau mengikut hukum semasa menguap, hendaklah kita menutup mulut..
ini rasanya kebanyakan orang pun tahu.. ALHAMDULILLAH. . kan manis tu..
Tapi seperkara yg org jarang berikan perhatian, ialah bunyi yg keluar dihujung
proses tersebut.. bunyinya pula pelbagai.. huarghh.. huahhh.. ahh... dan
pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ni..

Mengikut penjelasan seorang Ustaz yg saya temui, baru2 ini setelah saya
ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat.. Ustaz ini memberitahu. .
Syaitan sangat menyukai buniy menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan
bagi syaitan.. ASTAGHFIRULLAH! !! begitu rupanya.. lalainya saya...

Jadi pesan Ustaz tersebut, bukan tidak boleh menguap, tetapi jgn lah mengeluarkan
bunyi2an.. tetapi ucapkanlah Istifar selepas menguap.. supaya kita tidak menjadi
kawan Syaitan.. yg menghiburkan Syaitan.. sukakah kita bila Syaitan seronok??

Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dgn mcm2 dosa dan maksiat yg kadang2 kita
tidak sedar.. setidak2nya usaha kita yg sedikit ini dpt memperteguhkan dan
memulihkan keimanan kepada ALLAH S. W. T dan menjauhkan fitnah Syaitan nirajim..

INSYA ALLAH...

Tuesday, October 27, 2009

nak exam nie..meh aku bagi skit petua

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

--------------------

Happiness keeps u Sweet,
Trials keep u Strong,
Sorrow keeps u Human,
Failure Keeps u Humble,

Success keeps u Glowing,

AND MISUNDERSTANDINGS KEEPS U IN PAIN,

amik dari isuhangat blogspot..ak dh post mende nie kat aibob b4 nie..

Friday, October 9, 2009

Tips Mengelak Mengumpat

Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya. hanks

ak amik tips ni dari aibob...
elok la untuk dibaca dan diamalkan

AIr mata pagi

lepas subuh tadi aku terus online...membaca blog rakan2 yang mana sempat dan lamanweb2 lain yang bermanfaat.study?tiada mood lagi walaupun petang ini quiz menanti

aku layari iluvislam dan baca satu cerpen nie..sangat menyentuh hati dan berjaya menitiskan airmata ku..memang sejak semalam mataku bergenang, hatiku sebak menyebut Allah,mendengar namaNya,tapi airmata tak juga terluah...akhirnya cerita pendek ini berjaya buat aku menangis.aku puas. sudah sekian lama mata ini tidak menangis sebegini
rindu teman2




Ufuk timur mencerah disinari jingga sang suria, kabus-kabus pagi berarak perlahan-lahan melepaskan pelukannya daripada gunung-gunung menghijau, melewati wajah sang mentari. Burung-burung bertebaran keluar dari sarang penginapannya dari celahan pintu-pintu gua, lubang-lubang bangunan lama serta dari atas dahan-dahan pokok rendang.

Raudhah sampai ke lapangan terbang seawal jam 7.30 pagi, berat kakinya untuk melangkah ke dalam, walaupun dia tahu seseorang sedang menunggunya.

“Intan, jangan bersedih, empat tahun bukanlah masa yang lama, lagipun perpisahan ini kerana ilmu. Walaupun Mesir dan Malaysia jauh beribu batu, namun ikatan persahabatan yang kita bina sejak kecil tidak akan sekali-kali terlerai. Deruan Sungai Nil semakin jelas kedengaran di telingaku, hembusan bayu Mediterranean terasa lembut menyapa tubuhku. Nil menunggu kehadiranku” Pelukannya erat sekali. Raudhah hanya menangis dibahu sahabatnya.

“Intan mengerti, namun kita tidak pernah berpisah untuk satu masa yang lama, bagaimana…” sendu Raudhah menganggu aliran suaranya.

“Benar, seseorang itu akan merasakan sesuatu yang belum pernah ia lalui sukar, tetapi apabila dia sedang melaluinya, kesukaran itu akan menjadi tabi’inya. Allah akan menjagamu disini dan Allah juga akan menjagaku di sana.” Pujuknya lembut.

“Semoga Allah juga menjaga ikatan persahabatan ini.” Kata Raudhah. Lama mereka berpelukan, akhirnya pelukan itu terpaksa dilepaskan, tangannya mengusap pipi sahabatnya dan sebentar kemudian Zahrah hilang daripada pandangannya. ....

“Assalamualaikum Muslimah, adakah Muslimah terserempak dengan Intan? Puas ana cari, namun kelibatnya tidak juga kelihatan.” Sapa Zahrah ketika terserempak dengan rakan sekelasnya, sebentar tadi dia menghadiri mensyuarat pengawas, usai perjumpaan tersebut dia kembali ke bilik darjah tetapi Intan tiada di mejanya.

“Waalaikumussalam, Oh! Tadi ana terlihat dia di dalam maktabah.” Ujar rakannya.

“Baiklah jika begitu, ana pergi dahulu, syukran.” Kata Zahrah sambil menyentuh lembut lengan rakannya dan tersenyum. Kelihatan Raudhah sedang kusyuk mencatit sesuatu di meja. Zahrah berjalan perlahan-lahan ke arahnya dengan niat untuk menyergah sahabatnya apabila dia berdiri di belakang

“Salam sahabat! Mengarang surat cintakah?” Tanya Zahrah dengan suara sedikit tinggi ke corong telinga Raudhah sambil memegang bahu sahabatnya. Raudhah yang sebentar tadi sedang khusuk menulis sesuatu, terkejut, lantas menutup tulisannya dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Sofiya!” Raudhah menjerit kecil dan berpaling ke arah Zahrah “ Jangan serkap jarang sahaja, perlu husnuzon terhadap Intan”. Zahrah tersengih.

“Sofi bergurau sahaja, boleh Sofi tahu apa yang Intan tulis?” Pinta Zahrah sambil mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya. Raudhah segera menyelitkan tulisan yang dicatit di belakang sekeping photo ke dalam diarinya.

“Tiada apa-apa, hanya menulis nota sahaja” Zahrah cuba bergurau ingin merampas diarinya tetapi gagal. “Esok, keputusan STAM akan diumumkan, semoga Allah membalas segala usaha kita dengan kebaikan.” Beritahu Zahrah sambil jari jemarinya bermain-main dengan hujung kain pengalas meja.

“Insyaallah, Allah akan membalas setimpal dengan usaha yang kita lakukan dan meredhai keikhlasan kita menuntut ilmu.” Raudhah mengiakan.



Sudah hampir dua tahun Zahrah berada di Mesir, dan dia juga sedang berada di tahun ke-dua di universiti Islam Malaysia. Mereka selalu berhubungan melalui email, bertanya perihal pengajian masing-masing dan bertukar-tukar pandangan semoga fikiran akan lebih tajam hasil dari pertembungan dua kognitif, two heads are better than one.

Telefon bimbit Raudhah bergetar, satu mesej baru masuk.

“Salam anti, bagaimana pengajianmu, berjauhan denganmu semakin menggamit rindu di kalbu, alangkah indah jika kita dapat belajar di institusi pengajian yang sama, namun ana percaya, Allah ingin menguji keteguhan cinta kita.” Berbunga hatinya tatkala membaca setiap lafaz kata dari paparan mesej itu, betapa kata-kata yang lahir dari hati mampu menyentuh hati manusia yang lain.

Yusuf! Lelaki pertama yang mengoncang hatinya, menawarkan sebuah cinta yang indah, seindah bunga kemboja putih yang mekar di pagi hari. Satu metafora terhadap kesucian cinta mereka. Lelaki yang menawarkan sebuah bahtera cinta yang belayar di samudera, walau badai ganas yang datang, bahtera cinta mereka tetap utuh belayar. Hubungan cinta yang berlangsung tanpa sebarang janji pertemuan, hanya berbicara melalui telefon dan mesej tetap mampu mempertahankan ikatan cinta mereka. Salahlah manusia yang menganggap bahawa percintaan perlu disusuli dengan pertemuan muka ke muka.

“Jangan khuatir, jika kita mengikut lunas Islam, tidak melewati batas- batas agama, Insya Allah, Dia akan menolong kita. Teguhkan hati kita agar hubungan seperti ini akan berkekalan, jangan pernah terlintas unutk bertemu sebelum bernikah, kerana anta sendiri tahu yang ke-tiga adalah syaitan.” Balas Raudhah. ….

“Kakak, kenapa hati saya rasa tidak tenteram? Kenapa saya sukar untuk menangis saat mendengar qalam Allah? Kenapa sukar untuk saya menghafal al-Quran? Kenapa seakan terhijab untuk saya tafakkur alam? Kenapa saya rasa tidak juga tenang jika membaca al-Quran? Kenapa solat saya tidak khusyuk? Kenapa saya gagal untuk qiamullail? Kenapa saya sukar untuk puasa sunat? Kenapa rezeki saya tidak berkat? Kenapa hati saya selalu menangis? Kenapa ilmu yang saya pelajari hanya bertahan sehingga ke dalam dewan peperiksaan? Kenapa saya tidak terkesan dengan perjalan dakwah yang dilakukan oleh Raulullah dan para sahabat? dan kenapa saya masih gagal untuk merasai nikmat CINTA ALLAH seperti yang diceritakan oleh orang-orang alim?” Tanya Raudhah panjang kepada murobbiyahnya, Kakak Aisyah.

“Raudhah, sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu elok maka eloklah anggota yang lain, tetapi jika daging itu rosak, maka rosaklah segala angota yang lain. Sesungguhnya seketul daging itu adalah?” Murobbiyahnya memohon jawapan darinya.

“HATI!” Jawab Raudhah.

“Benar, seketul daging itu adalah hati, secara fizikal hati itu adalah jantung. jika jantung kita rosak, ia akan mengganggu perjalanan anggota badan yang lain kerana jantung bertangjawab mengepam dan menyalurkan darah dan juga oksigen ke setiap urat saraf anggota badan. Namun apa yang perlu diperhatikan adalah secara rohaninya, hati itu adalah jiwa manusia, hati yang rosak adalah hati yang di timpa penyakit- penyakit dunia, hati yang berpenyakit ini akan merebak kesetiap anggota jasad manusia sehingga anggota-anggota tersebut terdorong untuk melakukan perkara-perkara buruk yang menambahkan lagi musabab kepada penyakit hati.” Jelas murobbiyahnya panjang.

“ADAKAH HATINYA BERPENYAKIT?” Raudhah bermonolog.

“Antara musabab penyakit hati ialah KECINTAAN TERHADAP MANUSIA MELEBIHI CINTA TERHADAP ALLAH! Adakah pantas satu hati mampu menyatukan dua cinta? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA? Adakah berhasil esensi yang suci bercampur dengan unsur yang kotor? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA ini ibarat magnet negatif dan negatif atau positif dan positif. Apabila ia di dekatkan, kedua-duanya akan saling menolak dan mustahil untuk bersatu. Begitulah analogi antara dua cinta tersebut. SELAMA-LAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN MENEMUI CINTA ALLAH SELAGI DIA MENGHAMBAKANKAN CINTANYA KEPADA MANUSIA!” Jelas Kakak Aisyah.

Hatinya terkejut. Benarkah dia telah tersilap percaturan selama ini? Adakah dia terjerat dalam dosanya sendiri hasil daripada mengikut hawa nafsunya? Adakah dia tergolong dalam golongan mereka yg membuat tipu muslihat kepada Allah? Adakah dia tergolong dalam golongan yang disebut oleh Allah sebagai hati yang berpenyakit? Adakah hatinya berpenyakit?Lantas, apakah penawarnya? ….


“Yusuf! Sesungguhnya kita tertipu oleh muslihat kita sendiri. Sesungguhnya tidak halal bagi wanita Muslimah dan lelaki Muslim menjalin cinta sebelum kahwin. Ketahuilah! Aku tidak ingin menjadi penggoda seperti Zulaikha, aku tidak ingin menambahkan fitnah dunia lagi, aku tidak ingin hatta jiwaku menjadi boneka syaitan. Sesungguhnya perlu aku akui tanpa aku perlu berselindung demi menjaga hatimu bahawa aku tidak pernah tenang mencintaimu dahulu.

Cukuplah! Janganlah kita menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah dan Nabi, kufurlah kita akhirnya. Bertaubatlah kita! Sehingga saat ini hatiku sedih tatkala mendengar, membaca kisah-kisah mereka yang berhasil merasai nikmat cinta Ilahi sedangkan aku masih lagi terumbang ambing, terkeliru dalam pencarian cinta agung itu. Sesungguhnya Allah itu mendengar resah hati kehambaanku, disaat aku mula mengorak langkah mendekatiNya, Dia telah lama menungguku, disaatku menangis sendu kerana keinsafan dosa lalu, Dia terlebih dahulu menadah air mataku.

Betapa berdosanya aku membuang cinta-Nya yang berada di muka pintu hatiku, betapa berdosanya diriku, bertalu-talu Allah mengetuk pintu hatiku melalui wahyu agung-Nya, dengan bicara ikhlas-Nya, tidak aku buka pintu itu! berdosanya aku membiarkan Dia berdiri lama di muka pintu itu, namun Dia tetap meninggu, membujuk hatiku dengan bicara-Nya tanpa jemu, namun tidak juga aku buka pintu dan membiarkan panggilan-Nya tanpa sahutan.

Berdosanya Aku Rabbi! Sehingga suatu saat, aku terdetik ingin membuka pintu itu kerana tidak lagi kedengaran panggilan-Nya, jauh dari sudut hati, aku rindu mendengar bicara-Nya yang agung, mendengar ketukan di pintu hatiku, ketukan yang lembut, tidak menyakitkan hati. Adakah Dia telah berputus asa dengan Hati kerasku? Aku menuju ke muka pintu, perlahan-lahan ku kuak daunnya, apa yang ku lihat hanyalah satu cahaya yang tidak terungkap oleh kata, terlukis oleh pena.

Cahaya itu menerangi segenap penjuru hatiku yang gelap untuk sekian lama. Cahaya malap yang berada dalam hatiku menjadi semakin bersinar dengan limpahan cahaya itu. ketahuilah aku, Dia tidak merajuk, Dia tidak juga murka, tetapi Dia Maha Penyayang, Maha Penyabar, dan Dia masih menungguku.

Bertaubatlah kita kerana telah berlaku zalim terhadap Cinta Allah. Ketahuilah! Aku tinggalkanmu demi cintaku pada sang Rabbi."...INTAN RAUDHAH

Yusuf membaca warkah dari kekasihnya dengan hati yang berkecai. Hati lelakinya tercabar kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Raudhah secara tiba-tiba tanpa sebarang perbincangan mahupun penjelasan khilaf perhubungan mereka. Adakah begini pengakhiran cinta mereka? Adakah tiada lagi cinta Raudhah untuknya? Adakah Raudhah tidak mencintainya lagi sebagaimana dia mencintainya tanpa bebelah-bagi? Bagaimana mungkin dia melupai cinta pertamanya? Dia telah bertekad untuk menyuntingnya sebagai suri hatinya saat dia mendapat tahu cintanya berbalas dahulu.

“Jika itu keputusanmu, jika tiada lagi secarik cinta untuk menampal luka di hatiku, maka sia-sia sahaja aku menagih cinta darimu. Namun seperti yang selalu aku ucapkan, jiwaku bukan jiwa berputus asa, aku akan kembali menuntut cintamu suatu hari nanti selagi kamu belum dimiliki.” Yusuf membalas email Raudhah dengan hati yang terluka. Berkali-kali dia membaca tulisan Raudhah, mencari kebenaran dari kata-katanya agar dapat memujuk jiwa yang lara. Kata-katanya benar.

“siapapun jodoh kita, telah terdahulu ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh itu sebahagian dari keimanan kita sebagai pengikut risalah Muhammad S.A.W. Beriman dengan rukun iman yang ke-enam; qada’ dan qadar baik mahupun buruk, wajib diakui. Redhalah dengan Allah, semoga Allah juga meredhaimu.” Jelas Ustaz Makmur kepadanya suatu hari saat dia menceritakan masalah hatinya usai kelas pengajian.

“peliharalah hatimu dari cinta duniawi dengan harapan kehadiran cinta Ilahi. Dengan mencintai ALLAH, jiwamu yang terluka itu akan sembuh, hatimu yang gundah akan tenang, hati yang gelap akan benderang. Cintailah Allah kembali kerana itu fitrah setiap insani.” Akhiri ustaz Makmur sebelum masuk ke dalam keretanya.

Malam itu, diatas sejadah cinta, dengan linangan air mata, Yusuf sujud kepada Yang Esa. Lama sujudnya terasa berat dosanya, malu kepalanya untuk mendongak, terasa hina memperlakukan Dia yang menciptakannya daripada mani yang tidak berguna. Terasa sukar terhapus dosanya kerana kesombongan dalam kejahilannya memperbodohkan Tuhan, kesombongan yang tidak akan memanfaatkan mahupun memudharatkanNya. Namun dia tahu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana Sifat Maha Rahman dan PengampunNya melebihi sifat-sifat keras-Nya. Selayaknya dia memenjarakan dirnya seperti Nabi Yusuf, memenjarakan nafsunya!

Raudhah membaca balasan email dari Yusuf, kamu silap Yusuf, aku masih menyayangimu. Semoga Allah memelihara cinta kita, semoga jihad kita menjaga perasaan cinta pemberian Allah itu diredhainya. Sejak itu, kedua-duanya hanyut dalam cinta Rabb mereka. ….


Raudhah melangkah ke dalam maktabah sekolah lamanya. Pagi itu diadakan sambutan hari guru dan dia datang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkebetulan dia sedang menghabiskan cuti semester akhirnyanya di kampung. Raudhah mengambil mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap maktabah.

Sudah banyak berlaku pengubahsuaian terhadap struktur dalaman maktabah ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat sewaktu di bangku sekolah menggamit memorinya. Terkadang dia tersenyum sendiri. Maktabah ini juga menyimpan banyak kenangannya bersama Sofiya.

Rindu pula hatinya terhadap temannya yang sudah empat tahun berada di bumi Nil itu. Dia mengeluarkan diarinya yang masih disimpan, jika dulu dia sukar meluahkan perasaanya dalam diari tetapi kesibukannya sebagai pelajar universiti menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menulis diari.

Program pentarbiahan dan da’wah yang diikutinya semenjak dua tahun yang lalu telah banyak mengubah dirinya, mengenal kembali makna kehidupannya di bumi ini. Dia menintakan sesuatu dalam diarinya.

“salam sahabat! mengarang surat cinta lagikah?” Seseorang menegurnya dari belakang sambil memegang bahunya. Dia terkejut sambil berpaling ke belakang.

“Sofiya! Jangan ….” Lidahnya kelu. Lama dia memerhatikan susuk gadis di hadapannya yang berpurdah.

“Bagaimana Intan tahu Sofi di belakang?” Tanya Zahrah dengan tersenyum disebalik purdah hitamnya. Raudhah tergamam, adakah dia bermimpi di siang hari? Dahinya berkerut seribu.

“Jangan berkerut lagi dahi itu, Sofi rindu untuk berdakapan dengan Intan” Tangannya masih kemas memegang bahu sahabatnya. Raudhah bangkit dari duduknya, mengadap gadis berpurdah di hadapannya, akhirnya kekeliruan terlerai, senyuman terukir diwajah mereka.

“Sofiya!” Akhirnya mereka berpelukan lama, erat sekali seperti selalu, air mata mengalir kegembiran. “Bukankah penerbangan Sofiya bulan depan?” Tanya Raudhah sambil mempersilakan Zahrah duduk.

“Benar, tetapi diawalkan kerana ada urusan di sini, lagipun pengajian Sofi sudah selesai dua minggu lepas, ikutkan hati mahu menziarahi Mesir lebih lama, tetapi ummi dan baba Sofi mengajak pulang” Jelas Zahrah, tangannya mengelus lembut jari jemari Raudhah.

“Barangkali mereka rindu untuk bertemu dengan Sofiya” Sangka Raudhah.

“Bagaiman pengajian Intan di sini?” Tanya Zahrah.

“Alhamdulillah, pengajian Intan sudah selesai, sekarang sedang tunggu panggilan kerja, mungkin dua minggu lagi akan diketahui keputusannnya.” Beritahu Raudhah. Zahrah mengangguk-angguk.

“Intan, mahukah Intan dengar satu perkhabaran?” Tanya Zahrah.

“Perkhabaran apa?” Tanya Raudhah lagi.

“Sebenarnya, kepulangan Sofi lebih awal ini adalah untuk membincangkan urusan perkahwinan.” Jelasnya tersenyum.

“Sofiya akan kahwin? Dengan siapa? Bila?” Raudhah teruja.

“Insyaallah, dua bulan lagi.” Balasnya pendek.

“Dengan siapa? Khabarkan lagi.” Pinta Raudhah.

“Perkahwinan ini atas pilihan ummi dan baba Sofi. Baba hendak satukan Sofi dengan anak teman baiknya. Sofi percayakan baba, Sofi yakin dia telah memilih lelaki yang baik sebagai suami Sofi, jadi dengan keyakinan itu Sofi terima lamaran dari pihak lelaki.” Jelasnya.

“Sofi belum kenal lagi dengan lelaki itu, namanya juga tidak diketahui.” Sambung Zahrah.“

Eh! Macammana Sofiya boleh terima lamaran lelaki tersebut sedangkan Sofiya tidak tahu menahu pun asal usulnya?” Raudhah keliru dengan sikap sahabatnya.

“Intan, cukuplah baba yang mengetahui asal usulnya, nanti apabila kami telah sah menjadi suami isteri, Insyaallah semua itu akan dapat diketahui.” Zahrah cuba menenangkan sahabatnya.

“Punya fotonya?” Raudhah bertanya lagi.

“Kalau namanya tidak diketahui, apatah lagi foto untuk dimiliki” Mereka tersenyum.

“Raudhah tidak risau, masakan orang yang baik, menjaga persahabatan seperti Sofiya akan dijodohkan dengan lelaki yang fasik.” Raudhah memuji sahabatnya.

“Astaghfirullah, Sofi tidak layak untuk pujian setinggi itu, Subhannallah.” Zahrah tersipu-sipu. ….



“Salam sahabat, Subhanallah, adakah ini manusia atau bidadari dari syurga?” Gurau Raudhah saat memasuki bilik pengantin.

Zahrah kelihatan anggun sekali dengan persalinan jubah putihnya. Wajahnya disolekan dengan cantik sekali, tidak terlalu berat, tidak jua terlalu ringkas. Suasana di luar sana riuh rendah dengan suara-suara manusia, semua orang bahagia dengan pernikahan ini. Dia juga mengenakan baju kurung putih, sedondong dengan pengantin.

“Ah! Intan ini manis mulut benar.” Zahrah menafikan, mereka berpelukan.

“Nampaknya, Intan kenalah kurangkan masa bersama dengan Sofi, nanti cemburu pula suami” Gurau Raudhah lagi, hatinya gembira mengetahui sahabatnya akan berkahwin.

“Intan, walaupun Sofi sudah kahwin, kualiti persahabatan kita tidak akan berkurangan, ingat hal itu.” Zahrah memegang tangan sahabatnya erat. Raudhah mengangguk-angguk, air mata mereka menitis.

“Jangan menangis, rosak nanti solekan itu.” Raudhah menyeka air mata Zahrah.

“Sofi.” Baba Zahrah muncul dari pintu bilik. Raudhah meminta diri untuk keluar, barangkali ada sesuatu yang ingin dibicarakn oleh baba Zahrah, bicara seorang ayah dengan anak perempuannya.

“Jadi isteri yang solehah, baba telah memilih seorang lelaki yang terbaik untuk Sofi, baba yaqin anak kawan baik baba itu akan dapat membahagiakan Sofi dan menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap ana-anak Sofi nanti.” Kata babanya sambil memeluk anaknya erat.

Sementara itu, Raudhah keluar melayani tetamu yang datang, sebentar lagi rombongan lelaki akan sampai.

“Baba, Rombongan lelaki sudah sampai!” Jerit adik lelaki Zahrah dari tangga rumah.

Tetamu yang hadir bangkit menuju ke luar rumah ingin melihat pengantin lelaki. Raudhah juga tidak sabar melihat bakal suami sahabatnya. Dia menyelit ke dalam kelompok tetamu yang menjenguh ke tingkap rumah.

“Yusuf!” Hatinya terkejut.

“Yusufkah namanya?” Tanya tetamu disekelilingnya namun dia tidak dapat menjawab.

Yusuf! Sofiya! Bagaimana dapat diungkapkan perasaannya saat ini. Antara janji yang dipegangnya sejak bertahun lalu, antara kasihnya yang tidak berbelah-bagi terhadap Sofiya. Antara cintanya terhadap Yusuf, antara sayangnya terhadap Sofiya. Raudhah menahan air matanya, dia segera keluar dari kelompok tetamu tersebut, dia tidak ingin Yusuf melihatnya. Yusuf telah memungkiri janjinya. Air matanya menitis.

Dari dalam bilik, telefon Raudhah berbunyi, Zahrah yang berada berdekatan mencapai telefon bimbit sahabatnya yang terletak di dalam tas tangan Raudhah.

“Assalamualaikum.” Tetapi talian dimatikan. Zahrah terkejut. Dia meletakan kembali telefon bimbit sahabatnya, hatinya terdetik untuk mengambi buku kecil yang terselit di dalam tas tangan sahabatnya. Dia membelek-belek helaian diari Raudhah.

“Sofi! Nampak Intan?” Tanya umminya dari muka pintu. Zahrah terkejut dan meletakan kembali diari Raudhah ketempatnya.

“Ya Ummi Nab, ada apa cari Intan?” Raudhah menegur ummi Zaharah dari belakang, matanya merah akibat menangis.

“Disini kamu, temankan Sofi, Ummi Nab nak ke depan, layan bakal mertua si Sofiya ini” jelas riak kegembiraan di wajah ummi Zahrah. Raudhah mengangguk-angguk.

“Intan, tadi Sofi terbaca diari Intan” Zahrah memegang tangan Raudhah, hatinya rasa bersalah.

“Sofiya! Intan..” Raudhah terkejut, adakah Zahrah terjumpa foto Yusuf?

“Intan, Sofi minta maaf, Sofi bukan sahabat yang baik, Intan banyak meluahkan isi hati Intan di dalam diari sedangkan Sofi ini sahabat Intan, maafkan Sofi, disebabkan kesibukan Sofi menuntut Ilmu di Mesir, Sofi terlupa tentang sahabat Sofi disini.” Mata Zahrah bergenang air mata.

“Sofi…” Raudhah lega Zahrah tidak mengetahuinya.

Perlukah dia luahkan kepada Sofiya perasaannya saat ini? Antara kecewa dan bahagia, antara cinta adam dan hawa, antara cinta seorang sahabat. Jahatkah jika dia menjelaskan hal yang sebenar? Kejamkah dia terhadap Sofiya jika dikhabarkan bahawa bakal suaminya adalah lelaki yang dia puja bertahun lamanya. Lelaki yang pernah berjanji akan menuntut cintanya kembali. Raudhah menahan air matanya dari menangis.

“Jangan menangis Sofi, usah difikirkah tentang persahabatan kita hari ini. Hari ini adalah hari bahagia Sofi, jangan titiskan air mata terhadap perkara remeh sebegini. Sofi tidak bersalah.” Raudhah mencuba berlagak seperti tiada yang terjadi. ….

Yusuf segera memutuskan talian, hatinya tidak sanggup untuk mengkhabarkan kepada Raudhah tentang perkahwinannya.

“Sop! Depan Tok Kadipun sempat lagi telefon seseorang.” Tegur kawannya di sebelah.

Yusuf memerhatikan tok kadi yang duduk di hadapannya sedang berbincang sesuatu dengan bapa pengantin perempuan. Dia juga tidak mengenali siapa bakal isterinya. Hanya namanya sahaja meniti dibibir. Dia masih berharap akan terjadi keajaiban sebentar lagi. Keajaiban yang akan menyatukan dirinya dengan Raudhah.

Maafkan Yusuf, Yusuf tidak mampu menolak permintaan seorang ayah. Yusuf perlu akur dengan permintaan ayahnya yang menginginkan dia dijodohkan dengan anak perempuan sahabatnya. Katanya sejak kecil lagi mereka sudah berkira-kira untuk menjodohkan kami.

Maafkan Yusuf Raudhah, bukan niat Yusuf memungkiri janji, maafkan Yusuf hingga saat ini Raudhah belum mengetahui sebentar lagi Yusuf akan menjadi suami orang. Hatinya dirudum kekecewaan. Kecewa tidak berjodoh dengan Raudhah, kecewa telah memungkiri janjinya.

Tangannya sedikit menggigil saat Tok Kadi menjabat tangannya dengan erat.

“AKU TERIMA NIKAHNYA SOFIYA ZAHRAH BINTI ABDUL MUNSYI DENGAN MAS KAHWIN 88 RINGGIT TUNAI!” Antara lega dan sedih itulah yang dirasakan Yusuf saat itu. “Sah?” Tanya Tok Kadi kepada saksi “Sah!” ….

Dari kamar pengantin, Zahrah menitiskan air mata kegembiraan. Sekarang dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Yusuf bin Syukor, nama yang tertulis di atas sijil perkahwinan. Raudhah disebelahnya memeluk Zahrah dengan erat, dia menangis teresak-esak. Hatinya gembira Zahrah telah diijab-kabulkan dan hatinya juga terluka, Yusuf bukan lagi jodohnya.

“Intan jangan nangis begitu, kita tetap sahabat seperti dulu.” Pujuk Zahrah. Raudhah mengesat air matanya. Kedengaran derap kaki yang banyak dari luar menuju ke kamar pengantin, Hati Raudhah semakin berdebar-debar. Bersediakah dia melihat Yusuf menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari manis Zahrah? Bersediakah dia melihat dahi Zahrah dikucup oleh Yusuf. Hatinya berbelah-bagi saat itu. Sementara itu, hati Zahrah berdebar-debar menanti siapakah suaminya itu, bagaimanakah parasnya. Kebahagiaan jelas terlukis diwajahnya.

Yusuf melangkah masuk ke kamar pengantin, matanya masih tunduk ke bawah. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menatap wajah isterinya. Dia mengharapkan isteri dihadapannya adalah Raudhah namun takdir telah mengatakan segalanya. Impiannya untuk bersama Raudhah ditinggalkan saat dia sah menjadi suami kepada Sofiya Zahrah.

Maafkan Yusuf. Yusuf mendongakan kepalanya ke hadapan. Hatinya terkejut! Longlai kakinya melihat kekasih yang dipujanya sekian lama menjadi pengapit pengantin perempuan dalam majlis perkahwinannya sendiri! Mata mereka bertentangan, jelas kelihatan mata Raudhah bergenangan air mata.

Raudhah! Maafkan Yusuf! Hanya itu yang terungkap oleh hati lelakinya.

“Sarungkan cincin ke jari Sofiya!” Arah ibu Yusuf perlahan sambil menghulurkan sebentuk cincin bertatah permata putih. Hatinya teragak-agak untuk menyambut huluran cincin dari ibunya.

MAAFKAN YUSUF! Hatinya menjerit.

Raudhah menundukkan pandangannya, ditahan air matanya dari menangis walaupun dia sudah tidak mampu untuk berlagak seperti tiada yang berlaku. Dia tidak dapat menipu dirinya bahawa suami sahabatnya kini adalah Yusuf! Raudhah mengangkat tangan Zahrah yang masih tidak berganjak dari atas pahanya saat pengantin lelaki ingin menyarung cincin ke jarinya.

Zahrah! selayaknya dirimu menerima Yusuf. Hati Yusuf bertambah rasa bersalah melihat Raudhah mengangkat tangan sahabatnya untuk disarungkan cincin perkahwinan. Sebetulnya jarimu yang layak menyarung cincin perkahwinan darinya. Saat dia mengucup lembut dahi Sofiya Zahrah, Raudhah bangkit dari duduknya dan menuju ke luar kamar.

Maaf sahabat, aku tidak mampu menyaksikan takdir seperti ini. Raudhah menangis tersedu-sedan di belakang rumah sahabatnya.

Yusuf! Cintailah Sofiya, sesungguhnya aku lebih redha kehilangan cintamu daripada aku kehilangan cinta seorang sahabat seperti Sofiya. ….

Zahrah terus mendail nombor telefon Raudhah, sejak akhir-akhir ini semakin sukar untuk menghubungi Raudhah. Hatinya rindu untuk bertemu dengan sahabat karibnya, banyak perkara yang ingin diceritakan kepada Raudhah. Kali terakhir dia bertemu dengan Raudhah lima bulan selepas perkahwinannya. Adakah Raudhah merasa tidak selesa dengan statusnya sebagai isteri orang. Intan, sesungguhnya abang Yusuf tidak pernah menghalang kita untuk tetap bertemu seperti dahulu. Zahrah merasakan bahunya disentuh lembut. Dia berpaling.

“Sofi buat apa di laman rumah malam-malam ini? Mari masuk, nanti demam siapa susah? Bayi dalam perut itu juga.” Zahrah tersenyum dengan gurauan suaminya, air matanya menitis.

“Kenapa menangis ini?” Yusuf terkejut, jarinya menyeka air mata isterinya.

“Sofi rindu Intan, sudah banyak kali Sofi telefon tapi tidak dijawab. Sofi tidak tahu kenapa Intan seakan-akan menjauhkan diri dari Sofi, kalau Sofi ada melakukan silap, beritahu Sofi, Sofi akan berubah. Sofi tidak mahu persahabatan kami sejak di bangku sekolah putus begitu sahaja.” Kata Zahrah sambil matanya memandang suaminya. Yusuf merenung mata isterinya yang berkaca itu. Dia tahu Raudhah tidak selesa untuk bertemu dengan Sofiya mahupun dirinya. Maafkan Yusuf Sofi, kerana Yusuf persahabatan Sofi dengan Raudhah retak.

“Mungkin dia sibuk dengan kerjanya.” Pujuk Yusuf.

“Mari kita masuk ke dalam, tidak elok berlama diluar ini.” Yusuf memipin tangan isterinya ke dalam. Usia kandungannya kini mencecah lapan bulan. Isterinya mengalami alahan yang teruk dan banyak menghabiskan masa di rumah. Dia pula semakin sibuk dengan kerjanya sebagai jurutera di syarikat swasta di ibu kota. Nasib baik jarak antara rumahnya dengan tempat kerja hanya 20 km.

“Sofi! Kenapa?” Tanya Yusuf melihat isterinya terhuyung- hayang berjalan. Zahrah tersenyum, tangannya memicit-micit kepalanya. “Tidak apa apa, biasalah mengandung ini, pembawakan budak.” Jelas Zahrah.

“Abang cintakan Sofi?” Tanya Zahrah tiba-tiba. Yusuf terkejut. Bagaimanakah perasaannya terhadap isterinya setelah hampir setahun mereka bernikah? Adakah cintanya terhadap Raudhah telah lenyap?

“Cinta!” Jawabnya ringkas.

“Apa buktinya?” Zahrah menduga suaminya.

“Eh! Habis yang dalam perut itu bukan bukti lagi?” Mereka tersenyum. ….


Sudah seminggu Raudhah terlantar di hospital tidak sedarkan diri akibat kemalangan di jalan raya. Doktor mengesahkan Rudhah mengalami kecederaan dalaman dan jantungnya mengalami komplikasi untuk berfungsi, andai dalam masa terdekat ini tidak ada penderma, mungkin nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Luluh air marmata Zahrah ketika mendengar penjelasan daripada doktor Farid. Zahrah menggenggam tangan Raudhah. Bukalah matamu, tataplah wajahku, berbicaralah denganku, sesungguhnya aku rindu mendengar suaramu, sudah sekian lama kita tidak berbicara dan saatku ketemu denganmu kembali, kamu masih diam tanpa bicara. Aku khuatir jika diammu semakin lama, bukalah matamu! Zahrah menangis tersedu sedan di katil Raudhah. Yang kedengaran hanyalah deru nafas Raudhah melalui alat bantuan pernafasan.

Allah! Biarku ganti tempatnya. Zahrah terdetik untuk membaca diari yang diberikan oleh jururawat yang diberikan oleh polis yang mejumpainya di tempat kejadian. Dia membelek-belek diari yang pernah dibeleknya pada hari perkahwinannya, satu foto terjatuh dari celahah diari itu. Zahrah mengambil foto yang terbalik gambarnya, terdapat tulisan ringkas dibelakangnya.

Yusuf! Cinta hatiku. 16/2/ 2001 Zahrah menterbalikan gambar tersebut.

“Abang Yusuf!” Segera wajahnya berpaling kearah Raudhah yang terlantar dikatil. Apa semua ini? Hatinya bingung. Apakah hubungan abang Yusuf dengan Intan? Zahrah membelek-belek helaian diari Raudhah.

17/ 3/ 2003 Yusuf! Intan akan pegang janji Yusuf! Intan akan menunggu Yusuf menuntut cinta Intan kembali. Perpisahan ini hanyalah atas dasar perhubungan namun cinta Intan masih seperti dulu.

25/ 6/ 2007 Sofiya! Bagaimana mungkin aku ungkapkan perasaanku saat aku mengetahui bakal suamimu adalah lelaki yang ku nanti bertahun lama janjinya untuk dipenuhi? Aku menantinya tanpa prasangka, aku meyakini bahawa dia akan kembali mencariku. Namun,… Sofiya! Tidak mungkin aku mengecewakan hari bahagiamu. Yusuf! Apakah alasan diatas pengkhianatan janjimu sendiri?

Zahrah terduduk di birai katil sahabatnya, tangisnya teresak-esak.

Intan! kenapa Intan sembunyikan hal ini? Intan tidak perlu korbankan cinta Intan semata-mata tidak ingin melihat Sofi terluka! Zahrah menyesal, kiranya dia sempat membaca diari Intan pada hari perkahwinannya pasti Intan bahagia dengan Yusuf!

Maafkan Sofi Intan! Sofi telah merampas Yusuf darimu. Zahrah menekan-nekan kepalanya, sakitnya datang lagi.

“Masuk!” Doktor Farid menjerit dari dalam biliknya.

“Assalamualikum doktor, boleh saya berbicara sebentar?” Tanya Zahrah.

“Silakan duduk Puan Zahrah!” Jemput Doktor Farid.
“Tapi Puan, kita masih punya masa menanti penderma!” Kata Doktor Farid tegas.

“Benar kita masih punya harapan, tetapi adakah doktor boleh menjamin bahawa saya akan hidup untuk dua tiga hari lagi? Doktor sendiri memberitahu kepada saya bahawa hayat saya tidak dapat bertahan lebih lama.” Kata Zahrah.

“Benar, tapi Puan masih punya harapan untuk sembuh, jangan berputus asa!” pujuk doktor Farid lagi.

“Saya tidak dididik untuk berputus asa, dan Raudhah juga tidak dididik untuk berputus asa. Saya dapat merasakan bahawa penyakit saya tidak akan sembuh malah ia semakin teruk dari hari ke hari. Berikan Raudhah peluang untuk hidup! Lagipun seminggu lagi saya akan melahirkan anak, doktor lebih tahukan apa yang perlu dilakukan, izinkan saya hidup dalam dirinya.” Zahrah berkata tegas.

“Kita perlu lakukan ujian dahulu, adakah suami puan tahu akan hal ini?” Tanya doktor Farid lagi, Benar tekaan Zahrah, penyakitnya telah melepasi tahap kritikal, sukar untuk disembuhkan. Namun sejak setahun lalu dia melihat pesakitnya ini seorang yang kuat, walaupun tanpa kimoterapi, Zahrah masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

“Saya akan beritahu suami saya nanti!” Zahrah keluar dari bilik doktor Farid. Raudhah, maafkan Zahrah! ….

Yusuf kelihatan sugul di tepi tingkap hospital. Dia memandang keluar tingkap, hujan masih lagi lebat sejak petang tadi. Raudhah! Zalimkah Yusuf? Hatinya bercelaru, segeralah sembuh Raudhah! Kamu masih layak untuk meneruskan kehidupan ini, kamu akan menemui lelaki yang lebih baik dariku! Perlu ku akui, sehingga saat ini, masih ada lagi secarik rindu untukmu, namun dirimu juga mengetahui Sofiya Zahrah adalah isteriku kini.

Zahrah memandang Yusuf yang sendirian di tingkap, Abang Yusuf! Maafkan Sofi! Sesungguhnya Sofi kejam kerana menghancurkan impian abang untuk bersama dengan Intan. Benar, jika dari awal lagi Sofi mengetahui hal ini, pernikahan mereka tidak akan dilangsungkan. Adakah dia masih punya peluang untuk membetulkan keadaan?

“Abang.” Zahrah menyentuh lembut bahu suaminya.

“Sofi, adakah Raudhah masih punya harapan untuk hidup?” Tanya Yusuf tanpa memandang isterinya. Entah mengapa dia tidak sanggup kehilangan Raudhah, adakah dia masih mencintai Raudhah seperti dulu? Tidak cukupkah dalam masa setahun ini untuk dia melupakan Raudhah?

“Intan akan sembuh!” Jawab Zahrah optimis.

“Adakah telah ada jantung yang sesuai untuknya?” Yusuf berpaling.

“Insyaaallah, esok pemindahan jantung akan dijalankan. Raudhah akan sembuh seperti sedia kala.” Jawab Zahrah sambil tersenyum. Dia memandang dalam kearah suaminya. Yusuf tersenyum lantas memeluk isterinya. Raudhah akan sembuh! Itulah yang diharapkan dalam doanya. Zahrah melepaskan pelukan suaminya.

“Abang, esok juga Sofi dijangkakan bersalin, jadi Sofi nak bersalin di hospital ini.” Beritahu Zahrah. Perlukah Yusuf mengetahui hal yang sebenar, dia tidak ingin merumitkan keadaan, dia ingin redha dengan tekadnya, Raudhah perlu diselamatkan, dia juga tidak ingin Yusuf bersedih dengan keadaannya jika dia mengetahui rancangannya. Dia tidak ingin Yusuf mengetahui sebelum pembedahan bahawa penderma jantung untuk Raudhah adalah isterinya sendiri. Yusuf mengangguk-angguk.

“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhai Sofi? Meredhai segala perbuatan Sofi? Meredhai segala yang bakal terjadi esok hari? Meredhai sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredhai kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?” Zahrah cuba menahan air matanya dari menitis.

Yusuf memegang kedua belah bahunya lembut dan memandangnya. “Kenapa Sofi tanya soalan begitu? Insyaallah esok semuanya akan berjalan lancar, Sofi akan selamat melahirkan anak abang dan Raudhah akan selamat daripada pembedahannya dan abang akan menjadi orang yang paling bahagia sekali hari esok!” Kata Yusuf bersemangat. Zahrah kembali memeluk Yusuf.

Sofi akan membahagiakan abang sehingga akhir hayat abang, maafkan Sofi, redhalah keatas Sofi atas segala tindakan Sofi, Sofi tidak ingin membuatmu sedih! Namun sejak hari pertama pernikahan kita, Sofi telah membuat hatimu terluka dan hati sahabatnya Intan juga.

Maafkan Sofi! …. Zahrah memandang kearah Raudhah di sebelah katilnya, sebentar lagi jantungnya akan berada di dalam jasad Raudhah. Tangan Zahrah dipegang seeratnya, dia mengucup dahi dan pipi Raudhah lama, air matanya menitis.

Maafkan Sofi! Hingga ke saat ini Sofi masih tidak dapat mendengar suaramu, Intan terus diam, bukalah matamu, lihatlah wajahku untuk kali terakhir. Air matanya menitis semakin laju, ummi, baba, abang Yusuf, Intan! Maafkan Sofi salama kehidupan Sofi bersama kalian. sebentar kemudian dunia Zahrah gelap dan sunyi. ....

Yusuf masih menanti penuh debar di luar bilik persalinan, dia juga diberitahu saat-saat akhir bahawa isterinya perlu dibedah. Raudhah juga dimasukan di wad yang sama untuk dibedah juga pada masa yang sama. Yusuf dan ahli keluarga yang lain semakin risau kerana pembedahan itu mengambil masa yang lama, tidak ada tanda-tanda pembedahan kedua-duanya akan selesai. Setelah hampir lapan jam menuggu, akhirnya doktor Farid diiringi oleh seorang juru rawat keluar membawa seorang bayi.

Kepenatan menunggu di luar terus hilang saat dia memandang bayi yang berada di dalam pangkuan jururawat. Dia memangku bayi perempuannya.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” Tanya Yusuf.

“Bagaimana pula keadaan Intan?” Tanya ibu Intan. Masing-masing menanti jawapan dari doktor yang berusia dalam lingkungan 40-an. Doktor Farid mengambil nafas dalam-dalam dan memerhatikan setiap wajah yang berdiri di hadapannya.

“Alhamdulillah, pembedahan jantung keatas Cik Raudhah Berjaya dilakukan. Keadaannya juga stabil” Doktor Farid berjeda seketika. Dia mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar. Walaupun situasi ini bukan yang pertama namun hati manusianya seakan-akan tidak sanggup untuk menberitahu hal yang sebenar, dia tidak ingin berita itu nanti menghapuskan senyuman diwajah mereka.

“ Seperti yang Encik Yusuf ketahui, penyakit yang dihidapi isteri encik sejak setahun yang lalu sudah melewati tahap kritikal dan….”

Yusuf segera memotong percakapan doktor Farid.

“Apa yang doktor cakapkan ini? Isteri saya menghidap penyakit? Penyakit apa?” Doktor Farid terkejut dengan pertanyaan daripada Yusuf, dia membuat andaian bahawa pesakitnya tidak memberitahui hal yang sebenar tentang penyakitnya.

“Puan Zahrah mengidap…. Kanser otak sejak setahun lalu…” beritahu doktor Farid.

Yusuf terkasima.

“Doktor! Berterus terang kepada kami, bagaimana keadaan anak perempuan saya?” Tanya baba Zahrah yang sedari tadi diam memerhatikan perbualan doktor dengan Yusuf.

“Encik, maafkan kami…kami telah mencuba sedaya upaya, Allah lebih menyayangi Puan Zahrah.” Beritahu doktor Farid dengan perasaan yang berat. Sebentar kemudian dia berlalu pergi. Kaki yusuf terasa longlai, akhirnya dia terduduk, dia memerhatikan anak perempuan yang berada dalam pelukannya. Sofi! Dia teringat perbualan mereka semalam.

“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhai Sofi? Meredhai segala perbuatan Sofi? Meredhai segala yang bakal terjadi esok hari? Meredhai sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredhai kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?”

Sofi! Kenapa sakitmu tidak diberitahu, aku suamimu! Sofi…maafkan abang. Yusuf merasakan dunianya gelap tanpa lagi cahaya.

Sofi! Seperti pintamu, aku meredhai selama hidupmu sebagai isteriku. ….



Yusuf membuka pintu kamarnya, sunyi. Rindunya menggamit kembali terhadap Sofi! Aku juga mencintaimu, bekas tanah masih melekat diseluarnya usai majlis pengebumian petang tadi. Yusuf memnghampiri meja solek dan memandang gambar perkahwinan mereka. Terdapat dua sampul surat diatas meja tersebut. Satu untuk dirinya, satu untuk Raudhah. Adakah Sofi tahu bahawa ajalnya sudah tiba? Yusuf mengumpul kekuatan untuk membaca isi kandungan surat itu.

Assalamaualaikum, Abang, Terima kasih kerana sudi menjadi suami yang baik untuk Sofi. Terima kasih kerana mencintai Sofi. Disaat Sofi sah menjadi isteri abang, Sofi berjanji untuk mencintai abang dengan seikhlas hati, menjadi isteri yang solehah, isteri yang menjadi penyejuk mata, penenang jiwa si suami walau apapun ketikanya.

Namun… Maafkan Sofi, Sofi telah mencalarkan hatimu pada hari itu juga. Abang, kenapa diterima pernikahan ini jika hati dan cinta abang untuk orang lain? Mengapa masih mengaku cinta terhadap isterimu sedangkan hatimu tidak begitu. Mengapa perlu menipu hatimu demi kebahagiaan diriku.

Adalah kesilapan besar saat kita dinikahkan! Sofi tidak dapat membayangkan perasaan Intan yang berada disebelah Sofi melihat cincin perkahwinan lelaki yang disanjunginya disarungkan dijari manis sahabat baiknya.

Sofi telah mengetahui tentang kisah kalian, namun ia sudah terlewat. Saat Sofi mengetahuinya Intan sedang terbaring lesu di katilnya dan Sofi dalam keadaan bahagia menanti saat kelahiran bayi kita. Betapa zalimnya Sofi menjadi penghalang cinta kalian demi kebahagian Sofi sendiri.

Sekarang Sofi sedar mengapa Intan semakin menjauhkan diri dari Sofi. Mana mungkin hati perempuannya tega untuk bertemu dengan abang yang sentiasa bersama dengan Sofi, hatinya tidak akan mampu untuk melihat lelaki yang dipujanya berjalan seiringan dengan sahabat baiknya. Sesungguhnya Sofi telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kalian.

Abang, Maafkan Sofi, saat abang membaca surat ini, barangkali Sofi sudah tiada di dunia ini, jika masih adapun Sofi tidak akan membiarkan abang menghalang rancangan Sofi. Fahamilah hati Sofi, bukan niat Sofi untuk menderhakai, bukan jua niat membelakangi tentang penyakit Sofi, ketahuilah Sofi tidak ingin membebankan abang dengan penyakit Sofi, maafkan Sofi.

Maafkan Sofi kerana tidak memberitahu abang bahawa penderma jantung kepada Intan adalah… Sofi, isteri abang!. Cukuplah Sofi menjadi penghalang keatas cinta kalian, cukuplah Sofi melukai hati Raudhah. Redhalah kehidupan Sofi sebagai isteri abang.

Apabila anak kita dilahirkan, berikan dia nama ‘Raudhah’ dan nikahilah Intan! Sesungguhnya Sofi mencintai abang saat hari pertama Sofi menjadi isteri abang. Andai dirimu sudi, terimalah aku menjadi bidadarimu di syurga. Izinkanlah aku menemanimu di sana untuk selama-lamanya. Salam sayang, SOFIYA ZAHRAH.


Yusuf memandang dirinya dari dalam cermin. Yusuf! Layakkah kamu menerima pengorbanan sebesar ini? Matanya berkaca, Allah! Ampunkan hambamu kerana hanya memikirkan tentang perasaanku, kerjaku sehingga aku leka, sehingga aku mengabaikan tanggungjawabku terhadap isteriku. Sehingga aku tidak mengendahkan sakit kepala isteriku yang hatiku menyangka ia hanya pembawakan budak, sehingga aku buta untuk melihat dengan teliti botol-botol ubat isterinya. Maafkan Yusuf Sofi! Maafkan Yusuf! Abang tidak layak untuk semua ini. ….


Sudah hampir seminggu Raudhah sedar namun perihal pemergian Zahrah masih belum diketahuinya. Doktor melarang diceritakan hal yang sebenar, khuatir dia tidak dapat menerima kenyataan dan ia akan menjejaskan jantung barunya.

“Ibu, Dimana Sofi? Sudah seminggu Intan sedar, tapi Sofi tidak juga datang menjenguknya.” Tanya Raudhah dengan suaranya yang perlahan. Dia tidak dibenarkan bercakap banyak.

“Sofi ada datang jenguk Intan, tapi ketika itu Intan sedang tidur.” Jawab ibunya pendek. Dia beristighfar dalam hati. Entah yang kali keberapa dia menipu anak gadisnya.

“Kenapa tidak dikejutkan Intan? Intan rindu untuk bertemu dengan Sofi, Intan hendak minta maaf kerana menjauhkan diri darinya tempoh hari.” Matanya bergenang air mata.

“Intan jangan nangis, nanti ibu beritahu Sofi suruh datang melawat Intan lagi.” Pujuk seorang ibu. Intan kembali menutup matanya. Dia tidak menyangka sehingga ke hari ini dia masih bernyawa. Dia ingin sekali mengetahui jantung siapa yang berada di dalam dadanya.

“Ibu siapakah yang mendermakan jantung kepada Intan?” Intan kembali membuka matanya. Ibunya kelu, siapakah penderma jantung kepada anaknya? ….

Setelah hampir sebulan lebih di tahan di wad, Raudhah dibenarkan pulang.

“Ibu, boleh hulurkan telefon Intan? Intan mahu menghubungi Sofiya.” Pinta Raudhah. Ibunya kaget.

“Intan, doktor cakap Intan masih perlu banyak berehat, jangan fikirkan hal-hal lain” Kata ibunya yang sedang mengemas pakaiannya dengan anak bongsunya.

“Ibu, kenapa semua orang seakan-akan merahsiakan sesuatu dari Intan? Setiap kali Intan tanya tentang hal Sofiya, berbagai alasan diberikan, dimana Sofiya Ibu? Adakah sesuatu terjadi kepadanya? Kenapa Sofi tidak datang menjenguk Intan selama Intan disini? Sofi bukan orang begitu!” Ibunya tahu soalan begitu pasti akan hadir. Adakah ini masa yang sesuai untuk memceritakan hal yang sebenar? Ibunya memandang kearah anak bongsunya.

“Intan ,mari kita pulang.” Pujuk Ibunya.

“Intan tidak mahu pulang selagi Intan tidak dapat mendengar suara Sofi!” Intan berkeras, ibunya bungkam. ….

Intan terus menangis dalam perjalannya. Kereta yang dipandu ayahnya meluncur laju menuju ke tanah perkuburan.

Sofi! Maafkan Intan! Sofi tanggung derita itu seorang diri, kenapa tidak dikongsi dengan Intan? Kita sudah berkawan sudah lama, mengapa masih ingin berahsia? Intan kembali kecewa, maafkan Intan! Intan juga berahsia denganmu, namun ia demi kebahgiaanmu.

Maafkan Intan kerana tidak mempedulikan panggilanmu. Maafkan Intan! Intan dipapah oleh Ibu dan adiknya menuju ke pusara Zahrah, kakinya masih tidak kuat untuk berdiri sendiri. Kelihatan seorang lelaki sedang berdoa di pusara Zahrah. Raudhah menghampiri.

“Yusuf!” Panggilnya lemah, air matanya terus menitis, suaranya juga semkin tersekat- sekat. Yusuf berpaling namun tidak berkata sepatah pun. Yusuf bangkit memberi laluan kepada Raudhah dan bersalaman dengan ayah Intan.

“Maafkan Intan Yusuf!” Kata Intan sambil matanya memandang batu nisan Zahrah. Yusuf tidak menjawab sebaliknya dia menuju ke keretanya.

“Sofi! Maafkan Intan!” Hanya itu yang terucap dari bibirnya. Air-matanya masih menitis laju, sesungguhnya dia redho dengan pemergian Sofiya. Yusuf datang membawa surat yang ditulis Zahrah kepada Raudhah dan menghulurkannya kepada Intan, mulutnya masih terkunci untuk menuturkan kata kepada Raudhah. Dia meminta diri untuk pulang. Intan menatap sampul surat yang diterimanya. Adakah in bicaramu Sofiya?

Assalamualaikum Intan, sahabatku, Intan, tiada satu katapun dapat menggambarkan kecintaanku terhadapmu, betapa Sifat RahmanNya dititipkan ke dalam hatiku untuk turut sama mengasihimu. Dari bangku sekolah kita bersahabat, sehingga kini kita tetap jua bersahabat.

Intan, sesungguhnya Sofi yang perlu berkorban untukmu bukan dirimu. Sofi tidak berhak diatas pengorban itu. Usah disembunyikn lagi perasaanmu terhadap abang Yusuf! Bukan amarah dariku namun rasa bersalah yang teramat menyelubungi segenap hatiku tatkala Sofi menyedari bahawa Sofi adalah perampas kebahagiaanmu, impianmu untuk bersama abang Yusuf.

Adakah tangisan Intan dihari bahagia Sofi setahun yang lalu, tangisan luka? Tidak! Maafkan Sofi! Sofi telah berlaku zalim terhadap Intan dan abang Yusuf. Mafkan Sofi kerana terlewat mengetahui semua ini. Hingga saat ini Sofi mengetahui mengapa Intan menjauhkan diri dari Sofi. Hati Sofi luluh melihat Intan terbaring lesu di atas katil. Sofi menemani Intan, berbicara dengan Intan namun Intan terus diam dan Sofi tidak mahu Intan terus diam.

Maafkan Sofi kerana tidak dapat menemani Intan untuk berbicara lebih lama. Bukan Sofi tidak mahu, namun Sofi semakin lemah, juga semakin tidak mampu untuk melihatmu terus terbaring di katil. Sofi ingin melihat Intan kembali senyum seperti dulu. Namun Sofi tidak dapat lagi menatap lagi senyuman Intan.

Maafkan Intan, hanya ini yang termampu Intan korbankan demi persahabatan kita. Maafkan Intan kerana telah melukai hatimu, BUKAN NIATKU!

Intan, kita pasti kembali bersatu, kematian bukan pengakhiran kepada persahabatan kita. Sofi akan sentiasa hidup dalam diri Intan. Jantung Sofi adalah bukti kasih sayang Sofi terhadap Intan. Andai Sofi tidak menghidap penyakit pun, Sofi akan berkorban untuk Intan.

Jagalah abang Yusuf. Maafkan Sofi selama hidup dalam persahabatan kita. Salam rindu, SOFIYA ZAHRAH.


“Ibu!” Jerit Raudhah. Ibunya menghampiri dan memeluk anaknya. “Ibu! Jantung Sofi ada dalam Jasad Intan!” Hatinya terus menangis, Sofi! Mulianya dirimu mengorbakan nyawamu demi memberiku kehidupan yang baru!ALLAHUAKBAR! ….

Yusuf menatap pusara dihadapannya. Beginilah kiranya takdir antara mereka. Takdir cinta antara dua sahabat. Persahabatan yang memperlihatkan pengorbanan hati dan jiwa antara mereka. Adakah mampu ditemui persahabatan sebegini?

Sudah hampir dua tahun pemergian Raudhah, kekasih hatinya saat dia bertarung nyawa dengan Izrael melahirkan zuriatnya. Allah itu maha Pemurah. Dia mengurniakan keatasnya dua srikandi yang membahagiakan segenap hatinya.

Sofiya, cintamu bak kuntum mawar yang mewangi di taman, sesungguhnya engkau memberi lebih daripada aku pinta.

Raudhah, janjiku kabulkan demi janjiku kepada Sofiya, Cintamu tidak juga padam walaupun aku dahulu pernah menjadi suami orang. Tidak juga kau simpan dendam bahkan hatimu masih terbuka unutk menerimaku kerana amanahmu daripada seorang kawan. Perlukah aku menerima lebih dari itu? sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurniannya terlalu banyak untukku.

“Zahrah, Raudhah! Mari kita pulang sayang.” Panggil Yusuf kepada anaknya yang leka mencabut rumput di pusara ibu-ibu mereka.

Mereka amanah dari kalian, akan aku jaga mereka, akan aku didik mereka menyemai kasih dan cinta sebagai sahabat seperti cinta kalian berdua.

Berbahagialah kalian di syurga, aku akan mencari kalian di sana, menjadi bidadari syurgaku. Cintaku pada kalian tidak akan pudar, rindu kalian akan terus bersemadi di hati. Setitis air mata mengiringi doanya petang itu.


*Glosari:
Husnuzon = Bersangka baik
Metafora = Kiasan
Esensi = Unsur

Sunday, October 4, 2009

ceramah ustaz Rujhan

Jumaat yang lalu, 2oct ustaz Anuar mewajibkan kehadirn claz ISSB122 and another Islamic studies class to attend satu program macam ceramah la..tapi santai jer..disampaikan oleh Ustaz Rujhan bin Razali. Beliau tu femes..patut la macam penah nampak..kat tv9, tv1 and suara die slalu de kat radio Pahang..
Sangat best penyampaian die. Disebabkan die tu motivator, banyak la kata2 hikmah yang dikongsi..
Antaranya
“kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”

Then pasal doa harian kita…kena rajin berdoa sebab Allah suka hambanya memohon kepadaNya…
Doa yang last2 tu..”rabbana atina fi ddunya hasanah….”
Hasanah dunia itu termasuklah:
-ilmu yang bermanfaat
-kesihatan yang baik
-mendapat rezki halal, ban yak dan berkat
-mendapat sahabat atau jiran yang baik
-pasangan hidup yang baik
-zuriat yang baik..
Alhamdulillah, begitu luasnya hasanah dunia tu…tu la kita jangan tinggal solat dan berdoa. Allah pasti makbulkan doa hambanya yang taat dan bersungguh2. Juz masa yang menentukan samaada lambat ataupun cepat.

Lagi satu pasal khusnul khatimah dan su’ul khatimah iaitu cara mati secara baik atau
secara buruk..

Tanda meninggal dalam iman @secara baik
-berpeluh-peluh
-keluar air mata di kelopak matanya
-hidungnya kembang kempis

Meninggal secara buruk
-mulutnya berbuih2
-suaranya tercekik
-wajahnya hitam kehitaman

Ya Allah, matikanlah kami dengan cara khusnul khatimah…

Saturday, August 1, 2009

Tak kenal maka tak cinta

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW BIODATA RASULULLAH SAW
Ă‚• Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Ă‚• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Ă‚• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Ă‚• Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Ă‚• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Ă‚• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ă‚• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ă‚• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Ă‚• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.USIA 6 TAHUN
Ă‚• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Ă‚• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN
Ă‚• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Ă‚• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Ă‚• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Ă‚• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUN
Ă‚• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Ă‚• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Ă‚• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Ă‚• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Ă‚• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Ă‚• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUN
Ă‚• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
Ă‚• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Ă‚• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Ă‚• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.USIA 53 TAHUN
Ă‚• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Ă‚• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Ă‚• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Ă‚§ Khadijah Binti Khuwailid
Ă‚§ Saudah Binti Zam’ah
Ă‚§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Ă‚§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
Ă‚§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Ă‚§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Ă‚§ Zainab Binti Jahsy
Ă‚§ Maimunah Binti Harith
Ă‚§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Ă‚§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ’Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ****** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sunday, July 26, 2009

Jika Kamu

jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah
sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya….


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk
dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
Terlalu
ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

Friday, July 24, 2009

Diciptakan Perempuan

tidak mataku seindah sinaran matahari yang menyilaukan pandangan
tidak juga selembut..sebundar cahaya bulan di tengah Ramadhan
tidak bibirku semerah delima bersinar
tidak kulitku selembut..semulus butiran pasir suci di tepian pantai
tidak jariku sehalus sutera kashmir yang didambakan
tidak langkahku teratur bak puteri dari kayangan
tidak juga senyumanku bisa mencairkan bagai indahnya bintang di tengah malam
namun terciptanya aku..tetap satu keindahan Tuhan
terciptanya aku dengan tiupan Al Rahman..
terciptanya aku dengan tiupan Al Rahim..
menjadikan aku seindahnya makhluk tuhan
dengan hati yang penyayang
dengan jiwa yang menenangkan
belahan dari gagahnya Adam
diciptakan aku menutup kesunyian
diciptakan aku menguji keimanan
diciptakan aku penambah keyakinan
diciptakan aku menjadi teman
buat peneman para imam
diciptakan aku sehalus-halus ciptaan
agar bisa menanggung segala ujian
diciptakan aku agar tidak terhapus makhluk paling mulia
di sisi Pencipta
kerna diciptakan aku seorang perempuan~

Nasihat Perkahwinan

KETIKA AKAN MENIKAH

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, karena anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI karena menyia-nyiakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahwa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yg penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAH TANGGA BERGOLAK

Jangan saling melepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA BERMASALAH.

Yakinlah bahwa pintu reziki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri

KETIKA EKONOMI MEMBAIK

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah terpikir bahwa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, ini kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak…

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri membutuhkan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemulai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


Thursday, July 23, 2009

Info Sihat

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Accord ing to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?

TYPE O You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B You’re a rugged individualist, who’s str aightforwa rd and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
TYPE AB Cool and controlled, you’re generally well liked and always put people at ease. You’re a natural entertainer who’s tactful and fair. But you’re standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.

Saturday, June 6, 2009

Kenapa Kaumku sangat istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”
masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..
bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..
dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …
ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….
So?….apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Bagaimana rupa Agama Islam

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA.

Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.
Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?
aku kata:Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.kenapa?kerana kat situ ada amalan pasar malam;Apa amalan pasal malam?Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!
Jadi… kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam…macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman…
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU.(kat rumah)
La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .
“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang,maklumlah ada cerita “Anak”(bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’… free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Satu cerita daripada encik setan(lebih kurang maksud):
“Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”Dah tentu aku jawab :“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”
Oh…
Zaman sekarang dah lain… orang tua samggup dipapah untuk keluar mengundi TETAPI untuk ke masjid… oh…. umat Muhammad menderita lagi…
Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)
-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)
-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)
huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!! Oh… Umat Muhammad menderita lagi…
Saidina Umar Ra bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…
Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .
malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:
GOAL!!!!!!!
Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat…
ingat pesan Kak Pah:
“carilah ketenangan dalam diri sendiri..Ibadat sepertiga malam”…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
———— —--Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)
————-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!
aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
———–-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!
aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…
Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…
aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!
Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu,
Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…
AMIN..YA ROBBULALAMIN…
ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya…

p/s..ni ak copy paste jer...

Bila isteri dah x cantik

Sian kaum isteri….
Baca la kalu free….. Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah...

Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya inginpuan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami danbagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun merekatidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati merekamereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Sayaseorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelahmelahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dansuami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yangmenbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergikerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendirike pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yangmenyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkansaya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklahsentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malamapabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerjasendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadistersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telahsampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya diamenafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru diamengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnyasaya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurangdengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiadarangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihatcantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkancemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa temanwanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanitayang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak keranamemasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudungsepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanyabert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topikmenarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yangbaru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untukkecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjagadia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati inginbersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah dudukmeratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duitseparuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasansendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazamuntuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Danperkahwinan itu sebahagian dari Iman.

Dan perkahwinan juga tempat kitadi uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah,btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapijadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk andamemperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka mengganguatau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yangbujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkarayang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cintasebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zamansekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dadatanyalah selera…