Tuesday, June 14, 2011

Happy Day



  1. Yang ni biar rahsia(gedik je..) but ok la...hepi la jugak...tq
  2. Lega sebab dah lepas present ATAP(Accounting Theory and Practice) tadi..hua3...lepas present terus dinner kat Wawa..Bajet celebrate la kan...berjaya present tadi dengan gaya tersendirinya...ha3~~
  3. Dah tercapai ngidam haku iaitu makan chickenchop blackpepper...yang masih dalam list = beger depan kedai Pypers dan Roti Canai kat Terminal BasMuadzam Shah..bila pulak ek?..huk3...
  4. Eh ada 3 sebab je pon..next reasone..Hepi sebab still bernafas ni bumi Allah ni..Alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH
Comment from Sir Lee on the overall presentation
~Very interesting and nice slide..Even Sir mintak copy slide kitorang...:)
~Very good on time management...x sampai sejam dah habis present(mana x cepatnye..dah present macam keretapi.hik3)
~Very good on explaining. Not just look and read from the notes.

Tq Sir..But please dont expect too much from me(a bit depressed)...hu3...I'm just your ordinary student. Buat mistake and tak pandai mana pown...
Credit to Sia for the cute muslimah pic..especially yg hujung bertudung hitam tuh..wakakaka

Testimoni dari kawan2:
-Cepat dan pantas especially Sia n haku ofkosss~~
-Fati silap sebut tuuut..ha3..its ok dear..:P
-Haku present dah macam menari kat depan plus main2 tudung, main2 jari, ketuk2 meja semua ada..nervous punya pasal la..ha3...Malu jer dengan Sir..adeiii

Nway sangat enjoy and gembira korang makan coki-coki(bukan cico-cico ok...adeii)
lebih-lebih lagi tengok Sir Lee makan...ha3...klakar sangat.Mungkin tu first time dia makan, Tak reti nak bukak macammana...ho3. 


Tadaaa....gambo kome masa dinner tadi...~~
Gambar blogger?xpayah la~~yang penting gambo2 ni diambil oleh haku..hi2
Hang pandang apa Cik Sia oi..

Ceria sungguh Cik Marlisa kita..:P

Ok this is mine..Alhamdulillah berjaya habiskan..x bek membazir..

Candid 1

Candid 2

~tengah mood bahagia~
Bertambah bahagia sebab esok ada Midterm IBF(Islamic Banking and Finance), lusa Midterm Auditing and Investigation and present tutorial ATAP. :P



Thursday, June 9, 2011

Jom Nikah

hari ni hari kamis kan?(soalan budak darjah 1)
Yes esok Jumaat pepagi akan ku tinggalkam Muadzam Shah City nih...x sabo nak balik nak menikah(abang P).
Persediaan untuk dalam bas esok
perfect!! my love cadbury and nak khatamkan sikit my first novel.. I mean novel yang dibeli sendiri walaupon ketika kesempitan money..hu3..what??tokey topap xde money..apakah?kenapa? oh duit
Dengan keinginan yang kuat nak beli novel Hlovate nie, sggup beli tuh sampaikan pas beli tu dalam purse aku memang tinggal RM3 jer...adei..Zaza ko mesti ingat lagi kan?..aku beli novel ni masa aku amik ko 27 May lepas..:P Special thanks to owner Blog the other khairul coz memaksa aku beli novel Hlovate nih!!!. Nway ni baru intro, pas duit YTN masuk nanti, semua novel dia aku nak beli. One by one ofkos...huk3..Next is = 5tahun5bulan, next= banyak kan novel die..nnt aku fikirkan what next..

lalalalala
Ini kad RGS..alaa..yang kedainyer sebelah Bank Islam tuh.....kalo jadi member kan, dapat diskaun 20% untuk novel dan 10% untuk alattulis..Ok kan?..setahun RM5 jer..So Student UNITEN, i suggest you to get the novel ..eh bukan..that card la..Berbaloi la untuk haku yang bakal memborong novel kat situ..next author: Ramlee Awang Mursyid. Because both author(Hlovate n Ramlee) produce a non-typical malay novel..:P

Zaza..ni gambo hang haritu..:P
dan jugak gambo2 tasik UNITEN yang kau rindui...Len kali kita lepak2 kat tasik lagi ek..





Ni cendawan kat tasik gaks...haku snap masa joging..For sure cendawan ni xleh makan..but interesting and cantik..Subhanallah..




~~tengah menghayati keindahan sabar~~

Monday, June 6, 2011

Diet Rasulullah s.a.w

Rasanya perihal amalan pemakanan Rasulullah s.a.w ni ramai yang tahu. Tapi saja haku nak share info nie dengan readers daripada info nie sepi jer tersimpan kat my lovely lappy. Lagipun as a human, it is normal if kita ni lupa la..tak ingat la..So sesuatu ilmu perlu dibaca berulang-ulang dan diamalkan. Even "manusia" tu bermaksud lupa

Menurut kajian yang telah dibuat,kebanyakan penyakit yang datang adalah berpunca daripada makanan.Pemakanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul sememangnya akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Hal inilah antara penyebab terjadinya berbagai penyakit seperti  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
Sebagai umat Islam,kita seharusnya mencontohi rahsia diet yang diamalkan oleh Rasullulah. Baginda begitu mengambil berat akan soal pemakanan bagi menjamin kesihatan baginda dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.  Sesungguhnya makan juga tergolong dalam ibadat.
Antara diet yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:
a)     Jangan makan DAGING bersama IKAN
b)     Jangan makan IKAN bersama SUSU
c)     Jangan makan IKAN bersama TELUR
d)     Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD (ok lepas ni makan ayam dgn salad~~nasi ayam)
e)     Jangan minum SUSU bersama CUKA
f)      Jangan minum SUSU bersama DAGING
g)     Jangan makan BUAH bersama SUSU CONTOH :- KOKTEL( sedap kot..hu3)
h)     Jangan makan AYAM bersama SUSU (shida..nasi ayam + carrot susu is not good ok..)

ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:
§  Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
§  Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
§  Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif  sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
§  Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:
§  Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan  kurus dan tak gemuk.
§  Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
§  Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.
§  Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari  tersebut.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)

Sekian terima kasih
*Semoga kita dapat mencontohi amalan pemakanan Rasullulah dalam mengekalkan kesihatan kita seterusnya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita seharian. Badan yang sihat sudah tentu membolehkan kita  beribadat kepada Allah dengan sempurna. Apa yang penting ialah kita semua dapat mengamalkan sunnah Rasullullah ini yang sering kali dilupakan oleh sesetengah umat baginda.Kami sentiasa MENYAYANGIMu Ya Rasullullah.Jangan lupe berkongsi post ini bersama rakan-rakan kita yang lain yer 

Sunday, June 5, 2011

Pesanan Buat Kekasih(siot cam tjuk lagu Spring..)zzz

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya(untukku jua)..
Tolong beritahu si dia dan diriku, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia dan diriku, cinta manusia bakal membuat kita alpa..

Tolong nasihati si dia dan diriku, jangan menyintaiku(nya) lebih dari dia(ku) menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia dan diriku,jangan mengingatiku(nya) lebih dari dia(ku) mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia dan diriku, jangan mendoakanku(nya) lebih dari dia(ku) mendoakan ibu bapanya(ku)..

Tolong katakan pada si dia dan diriku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia dan diriku, dahulukan ibu bapanya(ku) kerana di telapak itu adanya syurga.

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia dan diriku, bila kami mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia dan diriku, bila kami tenggelam dalam angan-angan..
Tolong tegur si dia dan diriku, andai nafsu mengawal fikiran kami..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia dan diriku, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia dan diriku, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindu..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong bisikkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Dan kadang-kadang aku juga terleka..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia bakal kekasih halalku
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak pasti siapakah si dia

Walaupun bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi

Suka Lagu nie~~



Sudah...asyik dok denga lagu nie jer...hu3..
Walaupon lagu harijadi jer pon...
Bsday haku lambat lagi..nak nyanyi jugak..:P

Sapa yang celebrate bsday...ni lagu tuk kome ye..:)
~~~

Friday, June 3, 2011

Saya Sayang Awak~~ "Yeke??"

Ok post ni bukan nak jiwang-jiwang dengan Buayafren yer...:P
Scope sayang tu kan luas pada Allah, Ibubapa, Guru, Kekasih halal(lalala..) dan jugak sesama hamba Allah di muka bumi ini..

Taknak la membebel banyak-banyak. Aku pon tak suka kalo orang dok membebel banyak-banyak except my mom(walaupon annoying masa kene bebel, but at the end, rinduuuu). Rindu la bebelan mak, masakan mak, air teh yang mak buat, rindu tidur dengan mak...adeii..sume la...
Ok stop..next week nak balik..IA

Ok jom tengok katun kiut-miut ni...Bukan tengok jer, baca dan fahami, atleast you try..(erk)









Ok memang kadang-kadang kita tersepit kat tengah-tengah antara menjaga hati kawan atau nasihat yang pedih..ouch..Berani berkata benar walaupon pedih??....

Kawan yang hebat ialah kawan yang bisa menegur kesalahan kawannya, bukan hanya sekadar tahu memuji dan menyenangkan.



Supposely katun kiut-miut ni dipost semester lepas lagi.Huhuhu...Tapi seperti yang haku penah mention before nie...Lain ditaip, lain di post..

Credit to owner blog Dr Cinta yang beri izin padaku untuk copy katun-katun berikut..:)








Wednesday, June 1, 2011

Score 100% or 101%..how???

Sapa terer math??cepat kira..xyah la guna calculator...congak sudah..:P

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ (boleh nyanyi ala2 lagu hindustan tu ek)
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.



Ok sekarang jom guna tangan-tangan anda yang comel dan sasa untuk mengira eh...No calculator pelissss :P


Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

jd..bagaimana.."
Subhanallah. hebat kan ilmu hisab(math le tuh)...belajar math dah boleh nampak kekuasaan Allah..
So pengajaran nyer kat sini ialah Sayangilah Allah melebihi dunia..but how? 
Buat apa yang disuruh, jangan ingkar perintah. Macam kita sayang mak ayah kita lah..Kalau sayang mesti kita denga cakap mereka. :)

Terima kasih Adam atas perkongsian ini....bangga x aku mention nama ko?hik3...Lotfi guli duk sana diam2 ok...

Sekian terima kasih