Friday, September 21, 2012

Future plan

Plan A: Bertahan kerja sebagai Juruaudit sehingga TNB bukak application job!

Plan B: Bertahan (mcm kat plan A) sampai setahun then baru msuk commercial co.

Plan C: Kahwen???!!

ouch..huhuhu


Wednesday, September 12, 2012

Permulaan

Lama sudah blog nie terabai..hu3...
Alhamdulillah haku dah bertukar status dari student ------> career woman..ngeh3..:P

Selalu  sangat tak khusyuk solat kan?...eh bukan korang, ini haku la ni selalu solat susah khusyuk dan kurang menghayati..huhuhu...



Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Tuesday, July 24, 2012

Kaunter pertanyaan


Suatu pagi yang indah, haku memulakan langkah ke stesen LRT Asia Jaya mahu ke Bukit Jalil. Setengah jam perjalanan dalam lrt, sampailah ke stesen pertukaran Masjid Jamek.

Tengah syok2 menikmati kipas sambil tunggu LRT Aliran Sri Petaling, terperasan gak ade sorang abang nie duk mundar mandir dari hujung ke hujung. Tak lama pastu die stop sebelah haku. Dalam otak dah pikir die ni orang jahat kerrr?huuu....

That Abang: Adik nk tanye tren ni pegi KLCC kan? Abag tak tau sangat lah..

Haku yang dengan kondifennye jawab
Shida: Owh, x..KLCC amik tren kat bawah. Aliran Putra. Naik lif turun bawah. (sambil tunjuk tangga n escalator) 

that Abang: Terima kasih
Haku anggguk je tanda kasih diterima..erk..hahaha..

Tunggu dan tunggu lambat lak tren tu sampai..hurm..
Then ada sorang makcik lak datang dari bertanya 2 3 orang yang ada berdekatan ngan haku. Termasuk lah haku.

That Makcik: Dik, kalau nak ke Pandan Indah naik kat sini ke?

Shida:errrr tak sure la makcik. Pandan Indah dekat dengan apa ya?

That Makcik: Taman Maluri...

Shida: owh rasanya kat bawah kot. Makcik turun guna lif. amik Putra LRT

Haku pelik gak, muka haku nimacam kaunter pertanyaan ke? Suka bebenor orang menanyer...
Mungkin lah kot kan.. time tu muka tak senyum n malas jerk an...bukan ke muka gitu selalu yang kerja kat kaunter mana2?.. opsss

Bila haku naik jer coach lrt tu, cpt2 tgk laluan perjalanan. Sekali haku tersilap bagi direction kat makcik tadi!!! Alamak sian die!!! Huhuhuhu
Betul la die tunggu tadi. Die kene nek LRT aliran Ampang. Hurm...harap2 makcik tu de tanya orang lain..huhuh..n harap die xsumpah seranah orang yg bagi salah direction nie..huhuhuhuh

Senyuman makin melebar apabila even dah dalam tren pun ada orang yang menanya jalan...ho3...dua orang Abangs tu tersilap naik tren. Supposedly aliran Ampang, tapi die nek Sri Petaling lak. Bila dorang kua nak tukar tren kat stesen Cheras, Nampak dorang terpinga2, xdapat dah haku nak tolong. Harap dorang tak kua trus dari stesen, instead nek atas ke seberang...

Kesimpulan:
-kalo tak tahu, cakap tak tahu...jangan rasanye..rasenye...huhuh..xpasal2 makcik tu penat turun nek escalator..~~~sori makcik.. :P
-bila tulun tunjuk arah tu, explen lebih2 skit. Biau orang tu paham nt x sesat..
-Bila kua rumah senyum2 lah selalu..so xdelah orang ingt kita ni kaunter pertanyaan...:P

Sekian...
Saja je menulis..rinduuu... plus hari ni xsibuk langsung...:)
SELAMAT BERPUASA!!!!
~~~~

Friday, June 15, 2012

Jam Tangan

Sedar x sedar dah 5 bulan haku hidup tanpa jam tangan. At first, memang mengeluh, sedih sebab susah nak tahu masa. Asyik2 angkat pergelangan tangan nak tengok jam, sekali kosong da...hu3..


Kene la berdikari tengok jam kat handphone or yang paling senang tanye je Jenab pukul berapa..ho3~~

Jam yang lama tu dah habis bateri. Boleh je ganti bateri, tapi macam dah malas nak g kedai tuka sume. Bukan bertawar hati.
Nak beli yang baru, lagi la malas nak keluarkan duit..huhuhu~~ hurm...nt oneday ada la kot jam tangan..

Sama jugak kalau hubungan terhenti di tengah jalan secara tiba2. Mula2 sakit, sedih meraung. Asyik tunggu sms lah call lah kan...Lama2 kan ok. U can live without him.
Sekian..
25 January

Nice to know you

Nice 2 noe u :P

Monday, June 4, 2012

Kehilangan seorang teman


Sabtu, 2 Jun around tea time, Sue tepon aku mengkhabarkan duka. Nurul Diyana Bt Hatta @ Yana telah kembali ke sisi Allah Tengahari sabtu kerana kemalangan jalan raya.

Ahad tengahari Ibu kepada Arwah pula telefon haku, memohon keampunan bagi pihak arwah dan menjemput datang ke rumah w/pon Yana dah tiada.

Sangat kesal sebab ada sometime aku tak treat dia dengan baik sangat. Hu3.. Tapi dia memang penyabar, layan aku dengan baik, menjaga hati aku, tak pernah sekali pun kitorg bertengkar. Thanks Yana.

Sedih…kami pernah berkongsi bilik, rasa, ketawa, duka dan cerita. Kami menjadi roommate selama satu semester. Aku ingat ko suka lagu Gumiho. Ko suka lagu korea coz aku 24/7 pasang..hu3..~~ Ko tak boleh makan pedas2 sangat sebab ada problem dengan perut (even kemalangan tu berlaku pon time ko tengah otw ke hospital pasal problem tu). Kita tengok movie sesame, layan MIRC, Aibob, ko mekap aku memalam buta dan macam2 lagii.. semua jadi kenangan. Aku takkan lupa!!

Aku halalkan segalanya yang kau terima dari aku dan aku harap yang sama dari kau, dear Yana.

Seperti kata bondamu, Allah lebih menyayangimu..~~

Menurut mak Arwah, die yang menunggang motor bersama adiknya langgar divider coz nak elak kereta. Kesannya, tempurung kepala pecah, parah. dia sempat mengucap kalimah Syahadah sebelum meninggal dunia di tempat kemalangan. Alhamdulillah…semoga Syurga menjadi tempatmu.

Sori sebab kita takde bergambar bersama. Aku ingat lagi kita janji nak amik gambar lepas final exam, but at the end x amik pun…hu3…~~
DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali...

Al-Fatehah..~~

Monday, May 21, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Rindu

Rindu nak update blog

Rindu nak baca blog blogger lain n mengomen

Rindu Muadzam Shah

Rindu makanan Muadzam Shah yang murah

Rindu ‘orang’ kat Muadzam Shah..hu3

Rindu Kuantan

Rindu teman-teman sekuliah

Rindu bas Maraliner

Sekian~~