Thursday, June 30, 2011

Jom Kenali Musuh-Musuh Iblis


Siapa Iblis? Syaitan?? Sebenarnya haku pon tak jelas sangat pasal kedua-dua ini. Sebenarnya haku pon tak tahu menahu sangat. jom ambil tahu sedikit pasal mereka

IBLIS

Iblis dijadikan oleh Allah sebelum Nabi Adam. Pada waktu itu ia adalah makhluk yang taat kepada Allah dan ketika itu ia digelar Azazil. Azazil mempunyai wajah yang indah dan bercahaya. Ia tinggal di syurga.
Setelah itu, Allah telah menjadikan Adam, Allah memerintahkan Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaanNya yang mulia. Azazil enggan sujud kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana ia dijadikan daripada api manakala Adam dijadikan daripada tanah.
Allah telah murka kepada Azazil dan menghalaunya daripada Syurga serta mengubah wajahnya kepada rupa yang hodoh lagi menakutkan. Azazil kemudian digelar iblis yang membawa maksud “suka memeberontak@derhaka”.
Setelah itu, Iblis memohon kepada Allah agar memanjangkan usianya hingga hari kiamat, demi menyesatkan seluruh manusia. Allah menceritakan hal ini dalam surah Sad ayat-79. Allah Maha Pemurah, permintaan iblis itu telah diizinkan.

SYAITAN

Syaitan boleh dianggap sebagai tentera iblis dan syaitan ini terdiri daripada kalanganmanusia dan jin sebagaimana yang telah Allah nyatakan dalam surah an-Nas.
Allah menggunakan perkataan al-Khannas dalam surah an-Nas merujuk kepada syaitan daripada kalangan manusia dan jin. Al-Khannas bermaksud pengintip@pengintai yang sentiasa mencari peluang bagi menyerang seseorang.
Syaitan dalam Diri Manusia
Dalam diri manusia ada pendamping daripada golongan jin atau syaitan. Jin ini dipanggil qarinbermaksud teman. Qarin menyerupai fizikal dan perangai teman manusianya. Qarin juga menjadi teman sejati manusia apabila manusia berpaling daripada ajaran Allah. Allah menjelaskan perkara ini dalam Quran, surah aaz-Zukhruf ayat ke-36.

Sumber dari belog ini. Nak tahu lebih detail lawat lah belog ini . Insyaallah lengkap lagi penerangan mengenai dua makhluk ini.

Seterusnya jom tengok siapa orang yang dibenci dan dimusuhi kaum-kaum iblis nih..

Ranking no 1
















Adakah bermaksud kita perlu menjauhi permusuhan dengan syaitan ni sepertimana kita menjauhi permusuhan  sesama manusia??

Konsep yang sama tapi aplikasinya tidak sama. Harus difaham ye adik-adik. Jomlah kita bermusuh dengan Syaitan dan Iblis daripada kita bermusuhan dengan kawan-kawan atau sesama manusia.:P





3 comments:

Fatin Aliyya said...

smoga kiat x mnjadi shbt syaitan.moga2 dijauhkan.nauzubillah.

ramadhan mkn dekat.ya allah, rindunya pda ramadhan.moga kita sama2 mncari keredhaan Allah.

take care shida :D

NuSaNa NoSa 91 said...

baguslah perkongsian ni.. terima kasih.. harap2 mujahadah sentiasa tinggi utk melawan hasutan syaitan dan iblis ni.. amin~ ^_^

Bella said...

anda di tag