Terperasaan nak post di sini sebab haku ni memang pelupa.
Selepas Midterm SM(Strategic Management) @5pm
Siti Saleha: Siti Musliha nanti tolong topapkan Siti RM10 ya, esok Siti bayar ek..
Siti Musliha: Ok
Rasa-rasa Siti Musliha ingat x?ha3...beliau tak ingat langsung. Akhirnya Siti Musliha menopapkan Siti Saleha keesokan harinya @ 12pm. Ho3~~
Di dalam kereta Siti Kelembai
Siti Musliha : Awak Siti belom bayar duit topap haritu blablabla kan?
Siti Kelembai : Dah la haritu Siti tak ingat ye dalam kelas XYZ...
Siti Musliha : Oh..ek?..Siti lupa lagi lah nie..ok2
So mungkin ada antara penyebab yang 8 nie adalah sebab Siti Musliha dan juga anda-anda menjadi pelupa. Mungkin juga tidak.~~~
1. Kadar gula darah tinggi
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda. Hmm..yup Arwah Abah ada kencing manis. Macam kena jer kat Siti Musliha~~
Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes. Baiklah(xrajin nak g buat ujian darah)
.
2. Kurang berehat
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.
Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak. Kalau terlebih tidur plak??
.
3. Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.
Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Betol3..Siti Musliha tak dengkur..:P..Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun. Oh muda lagi..Berat badan? Ideal IA~~
Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.
.
4. Metabolisme menurun
Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini. Metabolisme Siti Musliha mantap..x turun2..ho3
.
5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen. Jom makan supplemen dari muda-muda sekarang. Nanti dah tua kurang sikit berpenyakit..
.
6. Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.
Stress!!!memang lah kalau tengah stress fikiran tak berapa fokus dan selalu je ingat-ingat lupa~~
7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu. Takda kaitan dengan Siti Musliha
.
8. Terlalu banyak mengambil ubat
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor. None
Sumber utama :here
12 comments:
saye pun pelupa gak. ishhhhhh |;
arghhhh .. acik amat pelupa! :(
termakan semott =P pun boleh lupa jugak ! teheee
nice info syida
thanks singgah blog tadi ;-)
kene banyak kan berehat la pasni.
hoho.
:D
info yang menarik...thanks sharing..
saya pun selalu lupe...
betul2... selalu jerk lupa tengah panaskan lauk kat dapo... hheheh
salam ziarah...entry yang bagus!!
kadang2 faktor stress juga boleh membuatkan seseorang jadi cepat lupa..
erkkk! kadar gula tinggi gak ni kot sebab kurang minum air...
kurang berehat gak...
@wanie ..juz like me..sangat pelupa..hu3...
@Acik he3..semoga jangan lupa update blog..ho3
@Alynzs Syed aah makan semut..ho3..tq back..:P
@saya_arief kene rehat dari berblogging..:P
@ceritasekupang tq 4 reading..sharing is caring
@C.I.N.T.A kita serupa :)
@Lia-De-Pinky-Leo ha3..macam sama jer..smpai hangit nasi..ho3..
@alif ismail yup..dan cepat tua..~~
@Sunah Sakura gula tinggi sbb suka minum air gas!!ho3..n kurang air masak jugak..:)
mak aih. baru la sy tau amek ubt tu pown leh wat jd pelupa. :(
@arein
Ubat tu kan sejenis dadah..hu3...
Post a Comment