Saturday, June 6, 2009

Kenapa Kaumku sangat istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”
masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..
bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..
dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …
ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….
So?….apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Bagaimana rupa Agama Islam

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA.

Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.
Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?
aku kata:Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.kenapa?kerana kat situ ada amalan pasar malam;Apa amalan pasal malam?Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!
Jadi… kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam…macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman…
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU.(kat rumah)
La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .
“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang,maklumlah ada cerita “Anak”(bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’… free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Satu cerita daripada encik setan(lebih kurang maksud):
“Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”Dah tentu aku jawab :“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”
Oh…
Zaman sekarang dah lain… orang tua samggup dipapah untuk keluar mengundi TETAPI untuk ke masjid… oh…. umat Muhammad menderita lagi…
Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)
-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)
-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)
huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!! Oh… Umat Muhammad menderita lagi…
Saidina Umar Ra bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…
Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .
malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:
GOAL!!!!!!!
Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat…
ingat pesan Kak Pah:
“carilah ketenangan dalam diri sendiri..Ibadat sepertiga malam”…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
———— —--Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)
————-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!
aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
———–-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!
aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…
Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…
aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!
Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu,
Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…
AMIN..YA ROBBULALAMIN…
ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya…

p/s..ni ak copy paste jer...

Bila isteri dah x cantik

Sian kaum isteri….
Baca la kalu free….. Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah...

Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya inginpuan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami danbagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun merekatidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati merekamereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Sayaseorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelahmelahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dansuami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yangmenbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergikerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendirike pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yangmenyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkansaya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklahsentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malamapabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerjasendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadistersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telahsampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya diamenafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru diamengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnyasaya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurangdengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiadarangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihatcantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkancemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa temanwanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanitayang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak keranamemasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudungsepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanyabert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topikmenarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yangbaru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untukkecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjagadia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati inginbersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah dudukmeratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duitseparuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasansendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazamuntuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Danperkahwinan itu sebahagian dari Iman.

Dan perkahwinan juga tempat kitadi uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah,btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapijadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk andamemperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka mengganguatau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yangbujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkarayang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cintasebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zamansekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dadatanyalah selera…

MeMiliH pAsanGan hIduP

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “kahwin”.



KENAL


Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
”Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar “Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut.
Omar bertanya lagi… “Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah,
Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan – kawannya”
Itulah yang dinamakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya…. Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.



KELAS


Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.



KUFU


Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.
Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.


KASIH


Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis “Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan” Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu” Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki”
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan
Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,
Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.
Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya.
Dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya.”
Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu / niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.



REDHA


Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya :-
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka
“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An Nur :ayat 26
Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik
Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.
Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….
Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.


Maka turunlah Suruah Al Baqarah:
Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik…”