Sunday, May 29, 2011

This is the 2012 they r talking about

hmm...cmne nak cite ek...xreti nak cecite nih..
Beberapa hari ni haku spend masa baca pasal Illuminati, freemason dan seumpamanya...
Rasanya ramai dah tahu pasal nie..at least dah pernah denga kan..
The Arrivals?mesti la korang dah familiar, dah menonton kan?Aku pun tapi last time bukan tengok semua episod. So sekarang aku nak khatamkan secepat mungkin Series nie mula ditayangkan since 2008 di feberet webpage korang..youtube. Aku tak reti la cite korang nak tengok, g kat page ni. Aku pon belom khatam lagi ni..The Arrivals with malay subs.

Next pasal WW3(World War 3). Scary tau tak. Ada satu blog nie haku baca pasal kajian dan pendapat beliau. Namun tiada kepastian pon. Apa kata kita baca sendiri dan menilai mengikut kesedaran dan kebijaksanaan akal.
Baca la kat sini ek. WW3. Sume ada 3 part. and banyak jugak blogger tu post issue2 yang menarik dan berfaedah dari blogger2 lain..(macam terasa laks..adeiii)

Sekian terima kasih..nak sambung The Arrivals..

Saturday, May 28, 2011

Terima Kasih

Terima kasih kamu memang suka buat saya jeless...
Terima kasih sebab selalu buat saya tertanya-tanya
Terima kasih sebab sekarang kamu dah berubah
Terima kasih sebab buat saya asyik teringat kamu
Terima kasih sebab buat ur page as my feberet page
Terima kasih sebab pernah buat saya senyum
Terima kasih sebab let me know what kind of person you are
Terima kasih sebab pelik
Terima kasih kamu buat saya berkata..Ya Allah (terkejut, sentap)
Terima kasih sebab awak suka orang yang macam tu
Terima kasih sebab sekarang memang saya jeles, pelik, geram semua ada..
Terima kasih sebab...sebab....xmo cakap dah..

Ya Allah ampuni aku sebab berperasaan macam nie...
oh hati, sila tabah dan bersabar
Sabar itu kan indah..kankankan?



Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Terima kasih sebab baca...ni hanya ilusi penulis. Tiada kaitan dengan haku pon..~~

Wednesday, May 25, 2011

Sepanjang Hidup



Rindu plaks dengan cerita ayat-ayat cinta nie..
Long long time ago..~~
En F, bile En F nak meminang saya?
Gate sgguh...ho3~~~
opss..dont speculate too early dear...F here means Fahri a.k.a hero cite Ayat-Ayat Cinta ini..~~

// Sape blogger kan...pernah tak korang nak post pasal bende lain, tapi lain pulak yang di post.
Bak kata pepatah: lain dimulut lain di hati
lain ditaip lain dipost..erk

Selamat berhari rabu...
Ni jadual sepanjang sem ini. Indah kan jadual itu. Ada 2 kelas malam dibulan puasa kelak.huhuhu
RM kat atas tu bukan Ringgit Malaysia lah. Ingat ni kelas skim cepat kaya ke??..RM stand for Research Method.
Alhamdulillah ok la jadual tu yang penting jumaat tiada kelas..:)

Saturday, May 21, 2011

Lirik Lgu Kat blog nih..

hi3~~~
Last week baru tengok cerita nie. Best! tapi Dude n Asmirandah xsempat pon kahwin dalam cite nie...hu3..
Thats the moral of the story
Semua yang hidup akan kembali padaNya
Kita hanya merancang, Allah yang berhak menentukan segalanya~



kalo nak tengok cite nie~~~
dan teruskan menonton kat youtube ok...:)


Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah


Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Thursday, May 19, 2011

Sabar Menanti YTN

Wahai Encik YTN(Yayasan Tenaga Nasional), sila bank in RM3300 dengan kadar segera ke Akaun Maybank kami. huhuhu~~
Haruskah haku berdiet dengan megi sahaja kerna ada khabar yang ditiup mengatakan Encik YTN akan bank in duit tersebut Julai ini. Biar Betik??? Katakanlah ini dusta semata-mata!!!
Pelis la Encik YTN, be nice to us. Plis plis peelissss....

Wahai UNITEN pusakatersayang, terima kasih atas kemodenan meter elektrik yang diperkenalkan. Memang kami rakyat jelata terkesan dengan meter elektrik itu.
Antaranya :
  1. Bila malam rumah kami gelap except bilik tidur. Ramai antara kami menyokong Earth Hour bukan sahaja satu jam tetapi sepanjang malam!! go green!!
  2. Penjimatan tenaga elektrik dapat dimaksimumkan sampaikan ada yang catu seorang hanya boleh guna berapa sen sehari...Kesian giler..hohoho
  3. Hari-hari topic perbualan pelajar UNITEN..."Dah berapa meter kamu hari ni??" OMG
  4. Mungkin ada yang kurangkan aktiviti memasak dirumah seperti saya. Dah malas nak masak bila ada meter-meter nie..
  5. Bilik TV menjadi sasaran pelajar-pelajar untuk memasak, menggunakan komputer riba(untuk jangka masa panjang) dan mungkin juga menggosok pakaian.
  6. Kami harus merancang perbelanjaan, ye la kan..Nanti nak kene topap itu meter elektrik ler...So kene stand by duit..
  7. Secara keseluruhan, ia berjaya sebab pelajar sekarang sudah pandai berjimat cermat.

Kat box hitam tu ada tulis..: ANDA BOLEH DIDAKWA JIKA MENGGANGGU ALAT INI

So kepada sesape yang ada perasaan nak hempuk benda alah nie. Sila fikir sekali lagi..huhuhu.
Ok dah diam..

Ini Alia yang bermata bulat berpipi bulat kiut miut.

Last week atas hal tak dapat dielakkan haku dengan rela hati meninggalkan UNITEN, walhal baru je seminggu menapak.. So dapat la main dengan kanak-kanak diatas yang sangat manja dan hyperaktif. Penat melayan Qaleesya Alia.:)
Selain beliau haku dapat gak melayan Eryna Qistina yang sangat pendiam dan mahal dalam memberi senyum ketawa. :) Atenyer kecik lagi budak itu..~~

Qistina dengan ibunye.

Kek hari ibu.


Lewat sikit meraikan hari ibu dengan mak. Mesti penah denga kan "Better late than never"
Kredit to Ayang for the cake. Sedap!!

Sunday, May 8, 2011

Tips Membahagiakan Diri Melalui Penampilan Riak Wajah

Secara semulajadi, riak wajah akan menggambarkan isi hati kita. Kalo hati tengah senang sure riak wajah ceria and happy jer. Tapi bila hati tengah sedih kompem muke seposen jer..layu semacam. Secara mudahnya, kita boleh memahami isi hati seseorang dengan melihat riak wajahnya. Kata orang, lidah boleh berbohong tetapi riak wajah yang diperlihatkan itu sukar untuk menafikan apa yang sedang ditanggung.
Melalui buku Mingguan Wanita yang haku baca..(wanita ok..:P). ada beberapa langkah bijak yang boleh diambil untuk memanfaatkan riak wajah untuk mengawal stress dan tenangkan diri.

Penulis mengambil contoh pembaca berita dan pengacara yang sentiasa ceria dan happy dalam usaha membuatkan berita dan rancangan yang disampaikan nampak menarik. Cuba kita lihat wajah mereka. Lihat mata, hidung, mulut, kening, pipi, dahi dan sebagainya. And cuba compare dengan orang yang murung dilanda masalah. Sangat berbeza. So, jom kita hurai apakah fungsi wajah kita untuk membahagiakan diri sendiri. 

1) Mengangkat kedua kening
Kalo kita tengok penceramah motivasi or pembaca berita, depa secara auto kedua-dua kening depa terangkat tanpa dipaksa-paksa. Selalunya orang yang bersedih pasti keningnya jatuh ke bawah. Kesedihan mampu mengubah cahaya kegembiraan wajah menjadi suram hingga kedua-dua kening kelihatan jatuh ke bawah.
Oleh itu, jom jadi seperti haku. Ha3..Lepas baca artikel nie, kekadang aku angkat kening nie depan cermin. And secara langsung haku tergelak sendiri. Its funny u know. Hi3~~ So at least boleh la diri sendiri bahagia.


2) Kembangkan lubang hidung
Haaa..yang nie seyes kelakar. Main dengan lubang hidung pun boleh buat kita bahagia rupanya…Hal ini sah-sah la dikaitkan dengan oksigen yang disedut atau penafasan. Makin besau lubang hidung dikembangkan makin mudah dan banyak oksigen disedut justeru minda terjana and finally ion-ion kegembiraan menerpa.

3) Selalu buka mulut
Satu teknik simple untuk kembalikan keceriaan diri ialah melalui mulut. Caranya selalu buka mulut hingga menampakkan gigi dan menggerak-gerakkan lidah. Kalo sensorang nak ceria bolehlah pura-pura bercakap atau membebel seorang diri. :P

4) Last but not least(macam buat esei laks..) gerak wajah ke kanan dan ke atas
Sepertimana termaklum selalunya perkara baik tu mesti di belah kanan dan atas. Penulis menambah wajah yang kesedihan selalu memandang ke bawah dan bahagian kiri. So untuk kembalikan emosi positif dan motivasi, cuba pandang ke kanan dan ke atas sedikit. Don’t feel so down ok. Cool~~~~

Sebagai penutup~~~kaedah-kaedah kat atas nie bukan penulis suka-suka cakap. Ini adalah hasil kajian yang telah dibuat. Don’t ask me sapa yang buat kajian itu ok. Selamat mencuba dan beramal 
ni gambo hiasan jer..hu3