Apa yang aku buat ni, kerana Allah. Biarlah aku kehilangan wan. Aku yakin, ada yang lebih baik menanti aku dihadapan.
”kalau kita berkorban sesuatu ke jalan Allah, Dia akan memudahkan urusan kita.”
Betul tu...if memang betol jodoh aku dengan dia, pasti kami akan bersama satu hari nanti.
Aku lagi takut kemurkaan Allah dari segala2 nya.
Aku nak hapuskan segala kenangan aku dengan dia. Aku nak tukar nombor. Biar kami lost contact. Tapi, before tue, aku bagi massage terakhir.
‘kiranya tiada cinta insan untukmu,
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu...
Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah
Sebagaimana cintamu kepada Nya’
Aku harap dia faham mengapa aku mengakhiri hubungan kami.
********
Bosan nya dok rumah ni....aduss...memang la bes dapat tido puas2...tp, ttp buhsan!
Aku tak sabar nak dapat result matrix. Rindunya kat matriks. Suasana nyaman Kuala Nerang yang tak mungkin aku lupekan. Kehidupan kat matriks adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Jumpa kawan dari setiap negeri. Aku mulai kenal budaya mereka. Aku juga mulai memahami mereka. Kenapa orang ganu ngan kelate mempunyai ikatan assabiah yang terlalu kuat. Kalau jumpe geng2 negeri diorang, memang dah tak pandang orang lain. Haha...aku tau jawapannya... walaupun orang lain pandang serong dengan dorang, tapi aku tak... sebab diorang sentiasa ngan geng2 ganu n kelate dorang, coz senag diorang nak balik kampung nanti. Balik same2... ade member nak balik kampung. Sebab tue dorang memang rapat. Tak tahu lah...ni berdasarkan pemerhatian aku. Tapi aku ok jer ngan dorang...coz aku kawan semua orang. aku suke dengar diorang sembang...kelakar...haha...keluar semua loghat ganu ngan kelate...
Aku rindu kat kelas tutorial aku...cikgu hanif...class rep,mail...kawan2 sekelas aku. Mana mungkin aku bisa mngembalikan masa. Hanya kenangan yang sentiasa dijiwa. Ya!kenangan tak pernah mati, tak pernah luput...sentiasa harum subur dihati.
”dila...dah bangun ke belum tu???”
Alamak…mak aku dah bunyi siren…aku dah bangun dari tadi, dah gosok ggi, dah cuci muke...mak aje yang tak perasan...tapi mak memang pantang kalau tidur wakt pagi. Mak kate, nanti rezeki susah nak masuk. Lagi teruk kalu anak dara bangun lambat. Mungkin dah terbiasa bangun pagi, sampai sekarang aku memang awal bangun pagi. Kat asrama matriks dulu pon, aku yang kejut kan rumate aku. Jarang la die yang kejutkan aku. Hehe...
”dila...tidur balik ke?”mesti mak ingat aku sambung tidur.
”ye mak...dila tak tidur”
Aku tak tipu mak...cumenye aku baring2 sambil mengelamun.hehe...
*********
Teet..teet
-salam...dil,result kuar sok
-Ha?biaq betoi...cuaknya...
-xkn aku tpu. Leh cek gne sms tw!
Cepat tol faz dapat taw...tapi sms td memang wat aku rase tak senang duduk.
Ya Allah...lambatnya mase berlalu. Aku tak sabar nak taw result aku...
-faz, aku tkut.if result aku truk, mk aku sruh kawen.
Mak dah cakap ngan aku kelmarin. Kalau result matriks aku teruk, lebih baik aku kahwin. Mak kate die sendiri yang akan carikan calon suami untuk aku.
Argh!aku tak nak kawn sekarang. If kawen pon, aku nak dengan wan...hehe...
Berangan jer la aku…ntah2 dia dah ade awek lain. Aku nak tengok sejauh mana kesabaran dan kesetiaan dia tunggu aku.
-ok la 2.xpyah sush2 stdy lg.hehe
Eh.minah ni…die fakir kawen tu senang2 jer ke? Tp, betol gak. Tak payah aku sengkang mata nak study. Kalau dah kawen nanti. Husband aku la yang kena tanggung aku. tak payah kerja.
-ye la 2. if dpt laki kya.
-pe lg, cr la laki kya!
Faz....sabar jer la aku dengan ayat minah sorang ni...
-if ade laki kya yg nk ngn aku...huhu
-xda la dil, aku men2 jerk! Pe gne blaja tngi2, tp xkeje bgus.
Tol ak faz kata...blajar tngi2 ni, harap nya dpt la keja bagus, boleh tolong parents aku. boleh beli ape yang aku nak. berangan lagi aku...
”kita menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana hendak disanjung oleh manusia. Nak cari kekayaan. Belajar kerana Allah...insya-Allah kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati.”
Tibe2 teringat pe yang aku pernah dengar tazkirah mase sekolah dulu. Betoll gak 2...
’Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala...’
Aku ingin betolkan balik niat aku. aku nak sayap2 malaikat sentiasa melindungi aku walau dimana saja aku berada. Itu antara kelebihan orang yang menuntut ilmu kerana Allah Taala...
*****
Alhamdulillah...aku dapat 3.74...syukur bangat!
-salam faz, cmne rezlt?aku da cek. Alhmdlh,aku dpt 3.74
Tak sabo aku nak bg taw kat faz.
Teet...teet...
-alhamdlh. Aku dpt 3.7 mu lg bnyk dr aku.
-tahniah. Xkeysah la sape yg teror. Aku hrap t kte dpt u sma.
Teet..teet...
Insya allah.ak ingt nk aply uitm.aku nk smbung amik acc.mu?
-sm la. Aku nk amik acc gk.
Alhamdulillah....tercapai gak hajat aku nak dapatlan pointer 3.5 and above.
Berita baik ni aku dah bg taw kat mak awal2 lg. Mak kata, selamat la aku nak kawen cepat. Haha....itu pulak yang mak fikir.
********
Cepat nye mase berlalu....serasa baru semalam aku masuk tabika. Abah hantar...hehe...aku la paling bertuah antara adik beradik yang lain. Abah sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sampai tak ada masa nak hantar anaknya ke sekolah. Seingat ku, kakak2 dan abangku pergi sekolah menaiki basikal walau hari pertama sekolah. Tapi, aku beza. Abah sanggup hantar aku. sayang abah!aku rapat dengan abah dari mak. Dari kecik kalo abah nak pergi medang(minum kat kedai kopi; bhs jawa) masti abah ajak aku. walaupun masa tu aku dah ada adik.
Masa aku nak daftar kat kolej mara kuala nerang pon abah sanggup ambil cuti nak hantar aku.
”tak acinya la ko. Baru masuk matriks, tapi abah sibuk nak hantar ko. Aku yang masuk U pon abah tak hantar. Kalau tak dapat result yang bagus tak taw la nak kate pe.”
Aku ingat lagi kak lela bitau aku. memang tol, selama ni abang sulung aku yang hantar kakak2 aku yang lain mase pendaftran U. Mungkin dalam banyak2 adik beradik, aku la paling mirip dengan abah. Orang kampung yang tak kenal aku pon, tau aku anak siapa. Paling nyata, aku la yang gemuk. Adik beradik aku solid jer. Ikut mak...abah memang besar. Dulu ye gemuk. Tapi sekarang aku tengok abah dah makin kurus. Tapi perut boroi abah tetap maintain. Hehe...
Perut buncit abah tu la yang buat aku selesa bila nak tidur dengan abah. Pelindung aku bila aku kena marah dengan mak. Aku pasti akan menyorok kat perut abah. Mak tak kan nampak. Haha...
Before masuk matriks, abah pesan kat aku, kuruskan badan. Perempuan tak elok gemuk. Nak kahwin nanti susah. Hmmm...bagi aku if boy tue jatuh cinta ngan aku, biarlah dia cinta ngan peribadi aku, bukan fizikal semata2. tapi, tak boleh gak...rupe pon memankan peranan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”wanita itu dipilih kerana 4 perkara. Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat.”
Agamalah penyelamat segala2 nya. Aku nak jadi wanita solehah. Untuk mak ngan abah,adik beradik aku. untuk sahabat2 ku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. Hehe...
”dila...cepatla bangun...kata nak sarapan td”
Terkejut aku. diana kacau jer aku tengah berangan.
”ko ni, berangan tak sudah2. cepatlah bangun. Perut aku dah lapar ni. Jom beli makanan kat bawah”
Perangai diana sama macam faz. Kalau bab makan, tak pernah tak lewat. Badan kecik tapi nafsu makan mengalahkan aku yang badan besar ni. Rindunya kat faz...pe la die buat sekarang ni. Aku terpisah dengan faz. Aku berjaya masuk uitm shah alam. Tapi die dapat UTM skudai. Tak pe la. Walaupon die tak dapat kos accountancy, tapi cgpa die setakat ni 3.52. tue lah namenye hikmah. Mulenye die memang tak nak kos psikologi industri, die kate macam tak pernah dengar jer. Aku pon tak pernah dengar. Rezeki die...ada hikmah semuanya tue. Sekarang dah nampak hikmah nya.
Aku pulak lain. Walaupun dapat kos yang aku nak, result aku kantoi. Giler2 punye kantoi. Setakat ni, cgpa 2.92...aku dah dapat surat amaran dr JPA pasal result aku ni. Takut gak if scholarship kena tarik. Mampus aku!huhu...
Penat aku fikir nape result aku teruk. Tak macam kat matriks dulu...senang jer nak dapat 3.7...mungkin ushe aku tak sekuat mase kat matriks dulu...sedih nye...mak tak taw, malas aku nak bg tau. Nanti aku yang kena bebel.
Untuk sem 3 ni, aku nak ushe degan ushe yang luar biasa..aku nak naik kan cgpa aku. azam aku! ya Allah...bantulah hamba Mu....
”dil...cepatla!aku dah siap ni. Aku ingat dah siapa tadi, rupenye sambung berangan ko ye.”
”ye...aku dah nak siap ni”
Diana ni tak menyabo sungguh. Huhu...tapi aku senang dengan diana. Dalam banyak2 housemate, dia la yang paling rapat ngan aku. lagipon, kitorang sekelas. Memang sentiasa bersama kalau gi mana2.
*********
Terkocoh2 aku ambik hp aku. sapa plak yang tepon aku. tak appear name pon. Sape ye?
“hello assalamualaikum…”
Tak sempat aku nak kate hello. Orang tue dah bagi salam dulu. Tapi, mcm kenal jer suara tue.
”wa’alaikumsalam...”
”dila...awak sihat?kenal sy lg tak?”
Sah!memang aku kenal suara ni. Tp, mana die dapat no aku?
”err..saya sehat?ni sape eh?”
Hehe...saje je nak uji. Takut salah orang, malu jerk! Rindunya...rasenye dah 3 tahun kami putus hubungan.
”ni wan la. Saya nak jumpa awak boleh?”
Ha?nak jumpe? Tak nak aku!
”nak jumpe?perlu ke?”
”perlu. Sebab saya nak jelaskan segala2 nya kat awak”
Lain macam jer. Dia nak bg taw ape kat aku. nak marah aku sebab tukar no fon ke?
”nak jelaskan pe lagi?”
”dila. Selama 3 tahun awak tinggalkan saya tanpe khabar. Dah tu, awak tukar no fon tnpa bgtaw kat saya. Penat saya cari awak. Nasib baik akak yang sama kerja dengan awak dulu bg saya no baru awak ni. Kenapa?benci sangat ke awak kat saya?”
Terkedu aku. sape suruh cari aku?
”kan saya dah terangkan kat awak. Ape lagi yang awak tak paham? Saya tengah belajar sekarang. Saya tak nak diganggu. Saya ada kerja ni. Ok lah...”
”dila, tunggu jap! Saya tau sume 2. mungkin kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Tapi, percayalah, saya tak kan pernah lupa kat awak. Bulan depan saya akan berkahwin. Jemputlah datang ke rumah. Bakal isteri saya teringin nak jumpa awak. Saya dah ceritakan segala2 nya kat dia. Saya tak nak ada curiga antara kami. Saya cuba pertahankan janji saya. Tapi awak menghilang macam tue jer. Keluarga saya yang aturkan semua ni. Saya pasrah. Mungkin antara kita tiada jodoh. Maafkan saya.”
”awak tak ada salah ape2 kat saya. Mungkin...mungkin jodoh daya bukan dengan awak. Jagalah isteri awak elok2. jangan lukakan dia. Semoga awak bahagia bersama. Assalamualaikum”
Terus aku matikan telefon tanpa dengar die menjawab salam.
Terlalu berat untuk aku ungkap kata2 perpisahan.
Air mata ku menitis. Tak pernah aku menangis sebab lelaki. Aku menyayangi wan. Aku menunggu aku habis belajar. Bila masa tu dah semakin hampir, aku pulak yang ditinggalkan.
Ini ke balasan aku tinggalkan die?
Ya Allah....
Tak sanggup lagi aku hadapi...
Aku tinggalkan wan sebab aku menyedari betapa berdosanya perhubungan kami tanpa ada akad yang dihalalkan.
’sabarlah...Allah telah mengaturkan kehidupan mu sebaiknya. Ada lelaki yang lebih baik sedang menunggumu...’
Hatiku memujuk...ada hikmah disebalik semua tue. Aku kena sabar.
******
Setahun sudah berlalu....semenjak kejadian tue, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang cekal. Kini, aku dah habis belajar. Lagi seminggu konvokesyen aku. tak sabar nak tunggu detik bersejarah dalam hidup ku. Detik dimana aku berjaya mendapat segulung ijazah yang aku idam2 kan selama ni.
Kini, aku sedang menjawat jawatan sebagai penolong akauntan di jabatan perakaunan. Oleh kerana aku merupakan pelajar tajaan JPA, kerja memang sedang menunggu aku. tak perlu nak mencari. Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan Nya. Walaupun jawatan aku tak tinggi, tapi sekurang2nya aku mempunyai pekerjaan. Lagipon dah termaktub dalam perjanjian aku untuk bekerja dengan kerajaan setelah tamat belajar.
Telefon aku berdering...sape plak yang tepon ni. Baru nak lelapkan mata. Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja. Memang banyak benda yang aku kena setle kan. Kerja memang penat. Tapi, mana ada kerja yang tak penat?hehe...
”hello..assalamualaikum”
Sape plak nie?dah la suara laki. Mamat mane yang sesat nombor ni?
”waalaikumsalam. Maaf, saya tak kenal awak. Awak salah nombor kot. Saya letih. Nak tido!ok, assalamualaikum.”
brsambung
No comments:
Post a Comment