Friday, February 26, 2010

Kawen Gantung

Oleh : Ustaz Maszlee Malik


Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.


Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


awas Risiko????

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Thursday, February 25, 2010

sambungan cerpen..last part

Aku terus mematikan telefon tanpa sempat mamat tu nak kenalkan diri.
Biar lah, aku pon malas nak amik taw. Ntah sape.

Teet...teet...
-dila...

Sape ni?kalau tak salah ni nombor fon mamat sewel td

-sape? Sory, i xknal u. Plz dnt dsturb me!
Padan muke! Malas aku nak layan.

Teet..teet...
-sy adhwa.knal sy lg? MOHD ADHWA B SHAMSUDIN

-Adhwa mane??????

Teet..teet…
-kta pnah sekels ms sem 4. ACB4F. skrg, kta 1 jbtn. Td sy nmpk awk,nk tego tp awk jln lju sgt

-maaf,rmi sgt boy kt ACB4F 2.sy mmg xknal awk.sy nk tdo. Nyte!
Dari mana pulak mamat ni dapat no aku?best nye...ade orang admire. Prasan plak aku ni...hehe...

Teet...teet...
-ok la dila. Sok pg kta jmpe eh.k,salam.

Sapa ye mamat 2?adhwa?serius aku x ingat. Aku x layan laki lain, coz aku nak setia ngan wan. Sudahnya, aku yang kena tinggal. Huhu...tapi semenjak kejadian 2, ramai kata aku dah makin susut. Mule2 aku sendiri tak perasan. Bukan sebab aku kecewa ngan wan, tapi aki sendiri tak ada selera makan. Maybe assignment banyak sgt. Yang penting aku dah kurus sekarang. Senang la nak cari baju pengantin nanti. Tp, sapa nak kawen ngan aku?
Baik aku tidur. Wat pe jer nak ingat benda yang dah lepas. Benda yang akan berlaku, lagi la jangan terlalu mengharap...huhu...

******
”dila, saya nak lamar awak. Lepas raye rombongan saya datang merisik. Pastu kita terus bertunang. Sebulan lepas tue kita kahwen.”

”what????”
Giler ke mamat sorang ni. Tibe2 nak ajak aku kahwen. Aku kenal die sekadar cam 2 jer. Walaupun kitorang satu tempat kerja tapi aku jarang jumpe die. Tibe2 ajak aku kahwen.
Zahra, kawan pejabat aku pon terkejut badak. Patutla dia beria ajak aku lunch. Dah tu, die suruh bawak teman. Dia kate, tak elok kalau kami keluar berdua.
Kalau dia tak suruh aku bawak teman pon, aku memang akan bawak teman. Giler pe nak keluar berdua ngan dia. Dah la bukan muhrim.

”saya serius. Tak perlu kita nak bercinta sebelum kahwin. Kita nercinta selepas kita ada hubungan yang sah. Cinta itu lebih diredhai Allah. Masa tu kita kenal hati budi masing2. saya dah fikir masak2. awaklah permaisuri yang layak jadi pendamping saya di dunia dan akhirat”

Malunya aku...lagi malu coz zahra pon ada gak. Zahra seolah2 mengerti. Langsung tak ambik port. Just dengar jer!

”tapi....” aku cuba mengelak.

” tak ada tapi2. saya bagi awak masa untk fikir tentang lamaran saya. Saya tau, awak mesti fikir saya terlalu terburu2. tapi percayalah, saya ikhlas nak jadi teman hidup awak. Balik ni, awak buat istikharah,. Minta petunjuk kat Allah. Dia lah sebaik2 sandaran. Kalau awak dah jumpa jawapan, awak beritahu saya. Masa tu, saya terima apa saja keputusan awak”

”Err....”
Terdiam aku... tak tau nak kate ape dah...ayat mamat ni wat aku terdiam sejuta bahasa.

”awak tak perlu tanya saya nape saya pilih aawak. Satu hari nanti awak akan tau jawapannya.”

******
Patut ke aku terima lamaran adhwa? Ya Allah... berilah ku petunjuk Mu..
Walaupun masih terkejut dengan lamaran yang secara tiba2, aku tetap melakukan istikhrah mcm yang adhwa’ suruh tue. Mudah2 an aku mendapat ilham untuk membuat keputusan.

Sebenarnya istikharah ni bukan untuk minta petunjuk pilih jodoh jer. Setiap perkara yang kita nak buat mestilah berdasarkan pilihan yang tepat. Yang memberi kebaikan kat kita dan orang lain. Itulah pesanan ustazah sahmsiah kat aku mase aku form 5. sampai sekarang aku selalu minta petunjuk Allah melalui istikharah. Masa aku nak masuk uitm dulu pon aku wat istikhrah. Biarlah keputusan yang aku wat nanti tak akan wat aku menyesal.

‘bila kita mintak petunjuk kat Allah, insya Allah setiap keputusan yang kita wat, kita tak kan pernah menyesal memilihnya’

Ternigiang2 kata pensyarah aku mase aku tahun pertama kat uitm.
Aku akan tekad dengan keputusan aku. yang pasti keputusan yang berdasarkan gerak hati aku. aku tau, Allah akan beri petunjuk kepada ku.

********
Hari ni genap seminggu selepas adhwa melamar aku. aku yakin dengan jawapan yang akan aku beri kat adhwa. Aku harap dia terima. Ya Allah... berilah aku kekuatan.

-Salam...sy trima lmran awk. Sy hrp awk x sia2 kn sy
Sent message!

Fuhh!lega…aku rase mase taip msg td mcm nak jwb soalan final jer.

Teet…teet…
-alhmdlh. Nxt wek, fmly sy dtg umh awk. Trus bincang psal kawen.Persiapn khwn kta wat sdrhna. Sy xnk ad p’bzran. Bg no akaun bnk awk. Sy msuk kn duit utk kenduri

Mak aih…cepatnya…kate lepas raya. Raya lg 2 buln. Mana sempat aku nk wt p’siapan. Nak order kad jemputan lagi, nak cari mak andam. Nak pilih baju kahwen.....

-sempt k?sy lngsung x prepair pape. Xleh nk tnguh k?
Teet..teet..
-dnt wory. Act, I alredy knw ur answ. So, sy dah tmpah kd jmputn, bju khwen, dll. Tugs awk, jmput kwn2 awk. Ur parents pon dah jmput sedare2 awk. Kte tngal kahwen jer.

What???? Mak ngan abah dah tau? Patutla bile aku tanye mak ngan abah diorang setuju tanpa tanya siapa bakal suami aku. rupan2 nya diorang dah kenal bakal menantu dorang. Tak aci!!!!

******
Hari ni merupakan hari bersejarah buat ku. Hari dimana aku sah bergelar isteri buat suami yang aku tak berapa kenal. Itulah hakikat nya. Aku hanya taw dia berasal dari KL. Itu pon aku nampak alamat kat ic dia mase isi borang nikah. Nasib baik aku dah pernah amik kursus kahwin mase kat uitm dulu. Mase 2 sajer jer nak join kursus kahwen. Lagipon yuran murah. Kalo amik kat luar tentu mahal. Rupe2 nye dia pon dah amik gak. Dia amik kurusus kahwen sama ngan aku. adus...malu sungguh aku. paling mengejutkan aku, diana yang aturkan semua ni. Diana dah kenal adhwa dari mula lg. Diana kata, adhwa pernah tanya pasal aku kat die.

Semua dah tersurat. Kan setiap yang berlaku ada hikmah. Akan aku lupakan kenagan silam yang hanay menyakitkan. Aku ingin memulakan kehidupan baru dengan kenangan yang baru bersama suami ku. Aku akan menyintainya sepenuh hati ku. mencintainya kerana Allah..

”aku terima nikah nur fadhilah binti ahmad dengan mas kahwinnya RM80 tunai”

Airmata ku menitis riang. Riang bercampur hiba. Dari saat ini, aku telah menjadi milik yang sah buat seorang lelaki yang bernama suami. Yang berhak keatas aku, zahir dan batin.

Kucupan syahdu suamiku di dahi ku sungguh mneyejukkan hati.

”abang ingin menjadi teman sayang, dunia akhirat...abang ingin hidup bersama sayang selama2nya...”

Ungkapan pertama dai suamiku setelah sah dia jadi milikku.

Aku berjanji pada diriku sendiri yang aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku.

Majlis walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Suami aku betul2 mengikut yang diajar dalam islam. Tiada majlis bersanding. Hanya kad nikah, dan doa selamat. Tiada pembaziran dalam majlis kami. Walaupun majlis kami lain dari yang lain, namun ia tetap meriah. Semoga rahmah Allah turun bersama dalam majlis kami. Gembira sungguh bertemu rakan2 lama di uitm. Dorang semua terkejut dapat jemputan dari aku. mereka tak sangka yang aku bertemu jodoh dengan adhwa yang dikenali sebagai seorang pendiam. Aku sendiri terkejut yang aku dah kawen. Hehe...

Dari jauh aku tengok suami ku sibuk berborak dengan abah. Entah ape yang dibincangkan aku pon x taw.

’handsome gak suami aku. berkumis nipis, yang pasti ada janggut sejemput. Aku x taw nape aku teruja dengan laki yang berkumis. Nampak cam macho!’

”dil, pe yang ko tengok?tengok la laki ko 2 malam ni puas2.”

Kurrr... semangat! Faz ni memang suka mengejut kan aku. baru nak berangan...

”ish ko ni..mana ada...”
Malu aku...aku rase darah merah dak menyerbu muka aku.

”ok2...aku paham pengantin baru. Dil, macam tak caya kan. Ko suka kat orang lain, tapi kawen ngan orang lain.”

”weh, ko jangan sebut2 lg benda lama. Nie la jodoh aku. Aku akn bahagiakn suami aku. aku malas nak fikir benda lepas. Semua yang berlaku ada hikamh. Patut la islam larang kite kapel. Coz kapel kite sekarang belum tentu jd suami kiter. Tol x?”

”betol2. aku harap ko bahagia ngan adhwa. Wlwpon aku tak kenal dia, aku yakin dia mampu membahagiakan ko. Tengok muke pon dah tau”

”tengok muke?ko pandai tilik muke ke?”
Aku pulak menyoal faz.

”ko tak ingat ke yang ko giler dengan mamat yang berkumis. Laki ko ade kumis, misti ko tak puas pandang die”

”ko ingat lagi eh?haha...rezki aku faz...ko plak bile nak kahwen?jgn lama2...”

”sabar la beb...aku pon nak cam ko. Tak payah bercinta, kawen terus. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwen ngan orang lain pe gune? Siksa badan jer...”

Haha...faz ni memang kawan yang baik. Bagi dia, ape yang aku buat semua betol. Die pernah cakap ngan aku masa kat matriks yang dia rase menyesal tak sekolah agama mase sekolah dulu. Bile da yang x paham pasal agama, tak payah susah2 jumpe ustazah. Benda yang remeh pon kadang2 kita x taw. Dia kata dia banyak belajar dari aku. aku?entah...ilmu aku belum cukup lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar.

Alhamdulillah keputusan mak nak hantar aku kat sekolah agama dulu merupakan keputusan terbaik. Sekurang2 nya kau mempunyai bekalan ilmu agama yang kini semakikn dipnggirkan.Lagi2 nk menempuhi alam rumah tangga. Seminngu sebelum kami nikah, adhwa hadiah kan aku sebuah buku. Buku yang mengajar tentang persediaan seorang isteri. Dia suruh aku khatamkan buku 2, kalau x, kitorang x jd kawen.

Bila fikir2 balik, patut la dia beria suruh aku abeskan baca. Buku tue membuat aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suri.
Terima kasih abang...dila sayang abang...

************

”assalamualaikum...”

Glurp!aku cuak...ni la 1st time aku tido sebilik dengan lelaki asing. Lelaki asing yang berhak keatas ku…

”waalaikumsalam...”
Malunya aku. Allah je yang tau betapa malunya aku saat itu.

”boleh abang masuk?”
Bicaranya terlalu sopan. Adab nya berdasrkan sunnah.

”emmm....”

”dila sayang...kita solat sunnat. Abang tunggu”

”ya Allah...Kau jadikanlah perkahwinan kami sebagai satu ikatan yang indah. Satukanlah hati kami di landasan rahmat Mu...kurniakan lh kami zuriat yang soleh dan bertakwa kepada MU....”

Aku mengaminkan doa suamiku dengan penuh pengharapan. Perkahwinan inilah yang aku idam2 kan. Aku ingin menjadi makmum untuk suamiku dalam setiap solat ku. Aku ingin mengaminkan setiap doa suami ku.
Dialah suami yang akuharap melalui doa ku selama ni. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan permintaan ku.

Aku mengucuo tangan suami ku. Syahdu...aku bertuah memiliki suami spt dia. Akan aku jaga sebaiknya tanpa melukainya. Akan aku sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan. Aku ingin membina peribadi semulia Siti Khadijah yang setia menemani Rasulullah.

”sayang...my honey...my darling...jangan nangis...”
Malunya aku… romantik gak laki aku ni…

”sayang...abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tau, keputusan abang tepat. Dari pertama kali abang jumpe sayang kat uitm, abang yakin abang tercipta untuk jd pendamping sayang. Abang harap, sayang akan terima abang seadanya…abang tak mampu sediakan kemewahan dunia…yang abang mampu, memberi kemwahan kasih sayang buat sayang. Insya ALLAH…kalau dizinkan Nya, bukan kat dunia je. Kita akan bersama diakhirat kelak. ”

Bertuahnya aku...alhamdulillah...syukur pd Mu ya Allah...

”abang...saya harap, abang dapat terima saya seadanya...sayang akan cuba jadi istei yang menyenangkan abang. Tapi, sayang nak tau sesuatu...mana abang tau saiz baju saya? Baju nikah tadi, padan dengan saya. Macam kena je dengan badan saya.”
Aku menyuakan kehairanan ku. Sebenarnya aku nak tanya kat mak andam tadi, tapi2 x sempat.

”sebenarnya, diana yang bgtaw abang. Dia bagi saiz baju ayang. Dialah yang bagi alamt rumah sayang. Lepas abang melamar, abang terus datang rumah ayang. Nak merisik. Alhamdulillah, mak ngan abah terima.”

”patut la...diorang setuju bila saya beritahu yang saya nak kahwin.”

”tapi, baju nikah kita tue bukan abang yang pilih. Mak ayang yang pilih. Dia kata ayang suka warna oren.”

”ha? Ye ke?memang cantik baju tadi...oren lembut.”

”sayang...abang tau sayang pernah kecewa...kita mulakan hidup baru bersama. Kita kenal hati budi masing2. kita bercinta. Biarlah percintaan kita di redhai. Sebab tue, abang nak kita nikah cepat2. biar kite cepat bercinta.”

Sempat lagi suami ku berseloroh...hmm...bahagianya aku rase sekarang nie...kurang sikit gemuruh aku...suamiku memang seorang yang bijak memainkan peranan.

”sayang...”

”hmm...”

”abang nak, rahim inilah yang melahirkan generasi kita yang soleh dan beriman. Yang menjadi harta kita di dunia. Dan bekalan kita di akhirat. ”

Kata suamiku sambil memnyentuh lembut perut ku...
Sejuk hatiku kala ini...

”abang, sayang harap abang terima sayang seadanya...sungguh, sayang cintakan abang. Terlalu cinta...”

Malam berlalu bersama kisah cinta ku yang tak berbelah bagi buat suamiku. Aku serahkan segala2 yang aku miliki umtuk seorang lelaki bernama suami.

*********
Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai...damainya suasana ketika ini.
Masya Allah...
Indah sungguh ciptaan Mu....

”sayang...penat abang cari. Kat sni rupanya dia mengelamun.”

”maaf abang...tadi abang tengah tidur,saya malas nak kejutkan abang”
Serba salah pulak bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia. Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.

”abang...sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa kebenaran abang”

”tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar ayang tak ada kat sebelah abang. Takut gak kalo ada orang culik si can tik ni. Merana abang.”
Suamiku tersenyum nakal..

”sapae plak yang nak culik saya...”

”abang....”

”terima kasih sebab memilih ayang...saya tak sangka dapat kahwen dengan lelaki idaman...”

”lelaki idaman?kata tak pernah kenal abang sebelum ni?

”bang la lelaki idaman saya...lelaki yang saya idam2 kan dalam setiap doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam saya dalam setiap solat..”

”hmmm...apa2 pon, abang bertuah kerana memiliki ayang. Ayang dengar ni...”
Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya.

”abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai2 islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk menampung hidup kita.”

Berat nya permintaan suami ku.
’isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan suami nya selagi tak bercanggah dengan ajaran islam.’

”kalau itu yang abang nak, saya akur.”
Lambat2 ak jawab...

”alhamdulillah. Terima kasih...abang nak, sayang sendiri yang menjaga dan mengasuh anak2 kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh anak2 kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang lain. Abang hanya nak makan makanan air tangan ayang...sebab tu abang nak sayang berhenti kerja.”

Owh...sebab tu ke...bagus gak. Hehe...tak la penat sangat nak uruskan rumah tangga...kerja...

Kami bersama2 menikmati keindahan pantai kala itu. Aku yang memilih untuk berbulan madu kat pulau tioman. Sebab aku nak tengok laut. Suami aku hanya menuruti. Dia pun suke tengok keindahan pantai.

Semoga perkahwinan kami akan berkekalan selama2 nya....
***********

Sesungguhnya...janji Allah itu benar...
Dia melarang kapel kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia...
Bila 2 orang laki dan perempuan berdua2 an(dating) orang ketiga adakah syaitan.
Bile berlakunya akad nikah, maka menangislah syaitan2 kerana gagal untuk mnyesatkan sepasang manusia.
Ingatlah...percintaan yang diredhai Allah adalah percintaan dalam perkahwinan.
Kapel itu merupakan cabang2 zina.
Kita tak sedar, zina tue berlaku.
Dalam firman Allah...dan janganlah engkau menghampiri zina.....
Insaflah semua... jodoh setiap insan itu dah ditentukan...kite harus mencarinya...tapi mestilah berlandaskan tuntutan syara’...
Penzinaan berlaku kerana percintaan yang tak diredhai.
Zina mata...bila bertentangan mata between boy n gurl...
Zina tangan...bila boy n gurl bukan muhrim bersentuhan...
Zian telinga...bila mendengar suara manja sang kekasih yang menaikkan nafsu syahwat...
Zina kaki...bila kaki berjalan untuk g jumpe awek tok dating...
Segala2 nya tentang kapel adalh zina...
Oleh itu...jauhilah kapel....kapel adalah punca utama terjebaknya zina...
Takuti lah murka Allah....
Wallahu ’alam...

Sunday, February 21, 2010

ni sambunagn cite aritu

Apa yang aku buat ni, kerana Allah. Biarlah aku kehilangan wan. Aku yakin, ada yang lebih baik menanti aku dihadapan.

”kalau kita berkorban sesuatu ke jalan Allah, Dia akan memudahkan urusan kita.”

Betul tu...if memang betol jodoh aku dengan dia, pasti kami akan bersama satu hari nanti.
Aku lagi takut kemurkaan Allah dari segala2 nya.

Aku nak hapuskan segala kenangan aku dengan dia. Aku nak tukar nombor. Biar kami lost contact. Tapi, before tue, aku bagi massage terakhir.

‘kiranya tiada cinta insan untukmu,
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu...
Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah
Sebagaimana cintamu kepada Nya’

Aku harap dia faham mengapa aku mengakhiri hubungan kami.

********
Bosan nya dok rumah ni....aduss...memang la bes dapat tido puas2...tp, ttp buhsan!
Aku tak sabar nak dapat result matrix. Rindunya kat matriks. Suasana nyaman Kuala Nerang yang tak mungkin aku lupekan. Kehidupan kat matriks adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Jumpa kawan dari setiap negeri. Aku mulai kenal budaya mereka. Aku juga mulai memahami mereka. Kenapa orang ganu ngan kelate mempunyai ikatan assabiah yang terlalu kuat. Kalau jumpe geng2 negeri diorang, memang dah tak pandang orang lain. Haha...aku tau jawapannya... walaupun orang lain pandang serong dengan dorang, tapi aku tak... sebab diorang sentiasa ngan geng2 ganu n kelate dorang, coz senag diorang nak balik kampung nanti. Balik same2... ade member nak balik kampung. Sebab tue dorang memang rapat. Tak tahu lah...ni berdasarkan pemerhatian aku. Tapi aku ok jer ngan dorang...coz aku kawan semua orang. aku suke dengar diorang sembang...kelakar...haha...keluar semua loghat ganu ngan kelate...

Aku rindu kat kelas tutorial aku...cikgu hanif...class rep,mail...kawan2 sekelas aku. Mana mungkin aku bisa mngembalikan masa. Hanya kenangan yang sentiasa dijiwa. Ya!kenangan tak pernah mati, tak pernah luput...sentiasa harum subur dihati.

”dila...dah bangun ke belum tu???”

Alamak…mak aku dah bunyi siren…aku dah bangun dari tadi, dah gosok ggi, dah cuci muke...mak aje yang tak perasan...tapi mak memang pantang kalau tidur wakt pagi. Mak kate, nanti rezeki susah nak masuk. Lagi teruk kalu anak dara bangun lambat. Mungkin dah terbiasa bangun pagi, sampai sekarang aku memang awal bangun pagi. Kat asrama matriks dulu pon, aku yang kejut kan rumate aku. Jarang la die yang kejutkan aku. Hehe...
”dila...tidur balik ke?”mesti mak ingat aku sambung tidur.

”ye mak...dila tak tidur”
Aku tak tipu mak...cumenye aku baring2 sambil mengelamun.hehe...

*********
Teet..teet
-salam...dil,result kuar sok

-Ha?biaq betoi...cuaknya...

-xkn aku tpu. Leh cek gne sms tw!
Cepat tol faz dapat taw...tapi sms td memang wat aku rase tak senang duduk.
Ya Allah...lambatnya mase berlalu. Aku tak sabar nak taw result aku...

-faz, aku tkut.if result aku truk, mk aku sruh kawen.

Mak dah cakap ngan aku kelmarin. Kalau result matriks aku teruk, lebih baik aku kahwin. Mak kate die sendiri yang akan carikan calon suami untuk aku.
Argh!aku tak nak kawn sekarang. If kawen pon, aku nak dengan wan...hehe...
Berangan jer la aku…ntah2 dia dah ade awek lain. Aku nak tengok sejauh mana kesabaran dan kesetiaan dia tunggu aku.

-ok la 2.xpyah sush2 stdy lg.hehe

Eh.minah ni…die fakir kawen tu senang2 jer ke? Tp, betol gak. Tak payah aku sengkang mata nak study. Kalau dah kawen nanti. Husband aku la yang kena tanggung aku. tak payah kerja.

-ye la 2. if dpt laki kya.

-pe lg, cr la laki kya!

Faz....sabar jer la aku dengan ayat minah sorang ni...

-if ade laki kya yg nk ngn aku...huhu

-xda la dil, aku men2 jerk! Pe gne blaja tngi2, tp xkeje bgus.

Tol ak faz kata...blajar tngi2 ni, harap nya dpt la keja bagus, boleh tolong parents aku. boleh beli ape yang aku nak. berangan lagi aku...

”kita menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana hendak disanjung oleh manusia. Nak cari kekayaan. Belajar kerana Allah...insya-Allah kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati.”

Tibe2 teringat pe yang aku pernah dengar tazkirah mase sekolah dulu. Betoll gak 2...

’Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala...’
Aku ingin betolkan balik niat aku. aku nak sayap2 malaikat sentiasa melindungi aku walau dimana saja aku berada. Itu antara kelebihan orang yang menuntut ilmu kerana Allah Taala...

*****

Alhamdulillah...aku dapat 3.74...syukur bangat!

-salam faz, cmne rezlt?aku da cek. Alhmdlh,aku dpt 3.74

Tak sabo aku nak bg taw kat faz.

Teet...teet...

-alhamdlh. Aku dpt 3.7 mu lg bnyk dr aku.

-tahniah. Xkeysah la sape yg teror. Aku hrap t kte dpt u sma.

Teet..teet...
Insya allah.ak ingt nk aply uitm.aku nk smbung amik acc.mu?

-sm la. Aku nk amik acc gk.

Alhamdulillah....tercapai gak hajat aku nak dapatlan pointer 3.5 and above.
Berita baik ni aku dah bg taw kat mak awal2 lg. Mak kata, selamat la aku nak kawen cepat. Haha....itu pulak yang mak fikir.

********

Cepat nye mase berlalu....serasa baru semalam aku masuk tabika. Abah hantar...hehe...aku la paling bertuah antara adik beradik yang lain. Abah sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sampai tak ada masa nak hantar anaknya ke sekolah. Seingat ku, kakak2 dan abangku pergi sekolah menaiki basikal walau hari pertama sekolah. Tapi, aku beza. Abah sanggup hantar aku. sayang abah!aku rapat dengan abah dari mak. Dari kecik kalo abah nak pergi medang(minum kat kedai kopi; bhs jawa) masti abah ajak aku. walaupun masa tu aku dah ada adik.

Masa aku nak daftar kat kolej mara kuala nerang pon abah sanggup ambil cuti nak hantar aku.

”tak acinya la ko. Baru masuk matriks, tapi abah sibuk nak hantar ko. Aku yang masuk U pon abah tak hantar. Kalau tak dapat result yang bagus tak taw la nak kate pe.”

Aku ingat lagi kak lela bitau aku. memang tol, selama ni abang sulung aku yang hantar kakak2 aku yang lain mase pendaftran U. Mungkin dalam banyak2 adik beradik, aku la paling mirip dengan abah. Orang kampung yang tak kenal aku pon, tau aku anak siapa. Paling nyata, aku la yang gemuk. Adik beradik aku solid jer. Ikut mak...abah memang besar. Dulu ye gemuk. Tapi sekarang aku tengok abah dah makin kurus. Tapi perut boroi abah tetap maintain. Hehe...

Perut buncit abah tu la yang buat aku selesa bila nak tidur dengan abah. Pelindung aku bila aku kena marah dengan mak. Aku pasti akan menyorok kat perut abah. Mak tak kan nampak. Haha...

Before masuk matriks, abah pesan kat aku, kuruskan badan. Perempuan tak elok gemuk. Nak kahwin nanti susah. Hmmm...bagi aku if boy tue jatuh cinta ngan aku, biarlah dia cinta ngan peribadi aku, bukan fizikal semata2. tapi, tak boleh gak...rupe pon memankan peranan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”wanita itu dipilih kerana 4 perkara. Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat.”

Agamalah penyelamat segala2 nya. Aku nak jadi wanita solehah. Untuk mak ngan abah,adik beradik aku. untuk sahabat2 ku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. Hehe...

”dila...cepatla bangun...kata nak sarapan td”

Terkejut aku. diana kacau jer aku tengah berangan.

”ko ni, berangan tak sudah2. cepatlah bangun. Perut aku dah lapar ni. Jom beli makanan kat bawah”

Perangai diana sama macam faz. Kalau bab makan, tak pernah tak lewat. Badan kecik tapi nafsu makan mengalahkan aku yang badan besar ni. Rindunya kat faz...pe la die buat sekarang ni. Aku terpisah dengan faz. Aku berjaya masuk uitm shah alam. Tapi die dapat UTM skudai. Tak pe la. Walaupon die tak dapat kos accountancy, tapi cgpa die setakat ni 3.52. tue lah namenye hikmah. Mulenye die memang tak nak kos psikologi industri, die kate macam tak pernah dengar jer. Aku pon tak pernah dengar. Rezeki die...ada hikmah semuanya tue. Sekarang dah nampak hikmah nya.

Aku pulak lain. Walaupun dapat kos yang aku nak, result aku kantoi. Giler2 punye kantoi. Setakat ni, cgpa 2.92...aku dah dapat surat amaran dr JPA pasal result aku ni. Takut gak if scholarship kena tarik. Mampus aku!huhu...
Penat aku fikir nape result aku teruk. Tak macam kat matriks dulu...senang jer nak dapat 3.7...mungkin ushe aku tak sekuat mase kat matriks dulu...sedih nye...mak tak taw, malas aku nak bg tau. Nanti aku yang kena bebel.

Untuk sem 3 ni, aku nak ushe degan ushe yang luar biasa..aku nak naik kan cgpa aku. azam aku! ya Allah...bantulah hamba Mu....

”dil...cepatla!aku dah siap ni. Aku ingat dah siapa tadi, rupenye sambung berangan ko ye.”

”ye...aku dah nak siap ni”

Diana ni tak menyabo sungguh. Huhu...tapi aku senang dengan diana. Dalam banyak2 housemate, dia la yang paling rapat ngan aku. lagipon, kitorang sekelas. Memang sentiasa bersama kalau gi mana2.

*********
Terkocoh2 aku ambik hp aku. sapa plak yang tepon aku. tak appear name pon. Sape ye?

“hello assalamualaikum…”


Tak sempat aku nak kate hello. Orang tue dah bagi salam dulu. Tapi, mcm kenal jer suara tue.

”wa’alaikumsalam...”

”dila...awak sihat?kenal sy lg tak?”

Sah!memang aku kenal suara ni. Tp, mana die dapat no aku?

”err..saya sehat?ni sape eh?”
Hehe...saje je nak uji. Takut salah orang, malu jerk! Rindunya...rasenye dah 3 tahun kami putus hubungan.

”ni wan la. Saya nak jumpa awak boleh?”
Ha?nak jumpe? Tak nak aku!

”nak jumpe?perlu ke?”

”perlu. Sebab saya nak jelaskan segala2 nya kat awak”

Lain macam jer. Dia nak bg taw ape kat aku. nak marah aku sebab tukar no fon ke?

”nak jelaskan pe lagi?”

”dila. Selama 3 tahun awak tinggalkan saya tanpe khabar. Dah tu, awak tukar no fon tnpa bgtaw kat saya. Penat saya cari awak. Nasib baik akak yang sama kerja dengan awak dulu bg saya no baru awak ni. Kenapa?benci sangat ke awak kat saya?”

Terkedu aku. sape suruh cari aku?

”kan saya dah terangkan kat awak. Ape lagi yang awak tak paham? Saya tengah belajar sekarang. Saya tak nak diganggu. Saya ada kerja ni. Ok lah...”

”dila, tunggu jap! Saya tau sume 2. mungkin kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Tapi, percayalah, saya tak kan pernah lupa kat awak. Bulan depan saya akan berkahwin. Jemputlah datang ke rumah. Bakal isteri saya teringin nak jumpa awak. Saya dah ceritakan segala2 nya kat dia. Saya tak nak ada curiga antara kami. Saya cuba pertahankan janji saya. Tapi awak menghilang macam tue jer. Keluarga saya yang aturkan semua ni. Saya pasrah. Mungkin antara kita tiada jodoh. Maafkan saya.”

”awak tak ada salah ape2 kat saya. Mungkin...mungkin jodoh daya bukan dengan awak. Jagalah isteri awak elok2. jangan lukakan dia. Semoga awak bahagia bersama. Assalamualaikum”
Terus aku matikan telefon tanpa dengar die menjawab salam.
Terlalu berat untuk aku ungkap kata2 perpisahan.
Air mata ku menitis. Tak pernah aku menangis sebab lelaki. Aku menyayangi wan. Aku menunggu aku habis belajar. Bila masa tu dah semakin hampir, aku pulak yang ditinggalkan.
Ini ke balasan aku tinggalkan die?
Ya Allah....
Tak sanggup lagi aku hadapi...
Aku tinggalkan wan sebab aku menyedari betapa berdosanya perhubungan kami tanpa ada akad yang dihalalkan.

’sabarlah...Allah telah mengaturkan kehidupan mu sebaiknya. Ada lelaki yang lebih baik sedang menunggumu...’

Hatiku memujuk...ada hikmah disebalik semua tue. Aku kena sabar.

******
Setahun sudah berlalu....semenjak kejadian tue, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang cekal. Kini, aku dah habis belajar. Lagi seminggu konvokesyen aku. tak sabar nak tunggu detik bersejarah dalam hidup ku. Detik dimana aku berjaya mendapat segulung ijazah yang aku idam2 kan selama ni.

Kini, aku sedang menjawat jawatan sebagai penolong akauntan di jabatan perakaunan. Oleh kerana aku merupakan pelajar tajaan JPA, kerja memang sedang menunggu aku. tak perlu nak mencari. Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan Nya. Walaupun jawatan aku tak tinggi, tapi sekurang2nya aku mempunyai pekerjaan. Lagipon dah termaktub dalam perjanjian aku untuk bekerja dengan kerajaan setelah tamat belajar.

Telefon aku berdering...sape plak yang tepon ni. Baru nak lelapkan mata. Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja. Memang banyak benda yang aku kena setle kan. Kerja memang penat. Tapi, mana ada kerja yang tak penat?hehe...

”hello..assalamualaikum”
Sape plak nie?dah la suara laki. Mamat mane yang sesat nombor ni?

”waalaikumsalam. Maaf, saya tak kenal awak. Awak salah nombor kot. Saya letih. Nak tido!ok, assalamualaikum.”

brsambung