Sunday, December 4, 2011

Jom adik2 gadis2 ibu2 nenek2 kita ulangkaji..

Assalamualaikum dear readers...
Setelah 2 minggu x hupdate blog, finally dapat jugak haku curi masa skiiiit nk menjenguk..huk3..
Jom kita fikir2 kan balik ladies, sejauh mana ilmu..ketahuan kita pasal HAID@datangbulan@benderamerah@abc@peod@sebagainya...

 Kadang-kadang kita rasa kita tahu pasal ilmu fekah tang HAID ni, but cuba fikir lagi sekali.. are you sure? !!! even though korang dari sekolah agama pon, kalau orang tanya pasal nie, mesti gagap jugak nak menjawab kankankan? huhuhu  Memang susah lah nak cari wanita Islam, guru or ustazah yang arif pasal bab HAID ni..At last, rujuk kat ustaz2 jugak..See...ustaz..maksud haku lelaki jugak yang tahu pasal hal kite2..betol tak? errrr

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 

HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Sumber rujukan haku..: klik sini


 Sekian


7 comments:

RinsyaRyc said...

terima kasih atas info.. baru tau..
:')

yang psl kuku tu jugak ... best la blog awak, bnyak info..

monologmalamhari said...

nice info . baru tau .

erm tapi cmne plak kalau pda hari2 akhir haid tu skit2 je kluar ?

shida said...

@RinsyaRyc
same2...hee...blog biasa2 je..amik yg bermanfaat, yg xelok jdkan sempadan...:)

@ fierul
kalau ada lagi haid tu xleh lg mndi wjib even sedikit...tq

Lia Irdelia said...

nice info..
kdg2 benda2 mcm ni kita terlepas pandang.. :)

Kayu Manis said...

salam kenal,tq dtg ke blog saya n komennya sekali..nice entri,byk manfaatnya..:)

Hafizin Jamil said...

:|)

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih berkongsi. moga manfaatnya kita kongsi bersama. :D