Saturday, November 19, 2011

Ketahui tahap kesihatan melalui jari

Assalamualaikum(jarang2 haku mulakan post dengan salam kankankan?..isk3) blogger dan juga pembaca blog.

Setelah lama dalam seminggu kot tak hupdate blog ni. Meh haku nak share something yang nampah remeh nampak caya tak caya je nampak macam tipu je nampak macam ala-ala rahsia bulan kelahiran yg by dato' Fadhilah kamsah dan sebagainya...

Ni pon first time haku baca info ni. Mungkin ini dari hasil kajian sebagai salah satu rujukan kita berkaitan dengan kesihatan ye adik-adik...ok lets go!!!!!



PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..:

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...


Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik
perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.
kalau jari kita meruncing atau bengkok, 
maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.
cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalahtapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.
sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorangpengidap gastric.
Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Sebagai seorang wanita, cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih disetiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..Insya allah...
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
Wallahua'lam..

TQ cik blogger sbb bagi haku mengshare info menarik nie..sumber

Sekian


Friday, November 11, 2011

38053days to copy..hahaha

adehei....
kempunan haku nak tengok cite Lie To Me nie..~~~
apa kes susah benor nk copy cite nih!!~~~



sekian


Terima kasih sekali lagi

Ni TERIMA KASIH 1

Konpius
Jeles
Mana satu

Sekarang 24/7 layan lagu nie...OST Ramadhan Terakhir
Mendayu je lagu nyer...sesuai dengan cerita nie..:)


??

Sekian



Thursday, November 10, 2011

Kebaikan derma darah

Daripada menderma darah kepada nyamuk, baik derma darah kepada yang memerlukan..ahaks..:P
Semalam pada mulanya xnak mendermakan darahku yang berharga ini..haha...Tapi tengok macam best lak kan..lagipon dah 2 3 tahun tak menderma darah, so did it!!!!


tetibe ada unsur SERAMM...ada mayat disebelahku? hahaa



Best ooo tengok nurse tu masukkan jarum kat lengan..OUCHHHH!!!!!



So hasilnya sampai sekarang kesan cucukan jarum tu lebam..hu3...

Tadi sembang-sembang dengan pakcik google, dapatlah sikit info pasal kebaikan menderma darah ni..:

1)  Membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan 
seterusnya menyegarkan kembali  sistem tubuh. Ini kerana 
selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan 
berkurangan, yang mana akan  merangsang sistem tubuh 
untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi 
menggantikan darah yang telah hilang.  
2) Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan 
pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama 
di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini. 
3) Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat 
besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan 
risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga. 
4) Dari perspektif Islam, derma darah ni hukum nya harus. Dibolehkan selagi ia tidak memudharatkan penderma dan penerima derma tu.

Sapa kata lepas derma darah nanti berat badan naik? Itu mitos jer tahu...~~~
Heee~~

Tuesday, November 1, 2011

Tiada tajuk untuk entry ini

Syaitan dalam diriku:Dorang bodoh sombong dengan haku? Kalau tak tahu cuba tanya..Ni tak, aishhhh..dalam mulut tu ada berlian ke?tak mahu tanya..nak jugak haku yang approach dan berusaha..arghhh!!!!
Malaikat dalam diriku:Ala...haku pon salah jugak tak tanya diorang. 

Syaitan dalam diriku: Huh!!!..as expected...apa lah salahnya mengajak haku sekali...
Malaikat dalam diriku:Kita tak boleh expect orang akan buat benda yang sama dengan apa yang kita pernah buat kat die.
Kita xleh expect kawan2 akan tolong kita sebagaimana kita akan rela menolong mereka jika dalam kesusahan.

Terima kasih sebab menguji kesabaran saya pada hari ini. Ujian itu pasti dari Allah. Allah sayang saya..Luv u too Allah!!!

Sekian~~