Sabtu, 2 Jun around tea time, Sue tepon aku
mengkhabarkan duka. Nurul Diyana Bt Hatta @ Yana telah kembali ke sisi Allah
Tengahari sabtu kerana kemalangan jalan raya.
Ahad tengahari Ibu kepada Arwah pula
telefon haku, memohon keampunan bagi pihak arwah dan menjemput datang ke rumah
w/pon Yana dah tiada.
Sangat kesal sebab ada sometime aku tak
treat dia dengan baik sangat. Hu3.. Tapi dia memang penyabar, layan aku dengan
baik, menjaga hati aku, tak pernah sekali pun kitorg bertengkar. Thanks Yana.
Sedih…kami pernah berkongsi bilik, rasa,
ketawa, duka dan cerita. Kami menjadi roommate selama satu semester. Aku ingat
ko suka lagu Gumiho. Ko suka lagu korea coz aku 24/7 pasang..hu3..~~ Ko tak
boleh makan pedas2 sangat sebab ada problem dengan perut (even kemalangan tu
berlaku pon time ko tengah otw ke hospital pasal problem tu). Kita tengok movie
sesame, layan MIRC, Aibob, ko mekap aku memalam buta dan macam2 lagii.. semua
jadi kenangan. Aku takkan lupa!!
Aku halalkan segalanya yang kau terima dari
aku dan aku harap yang sama dari kau, dear Yana.
Seperti kata bondamu, Allah lebih
menyayangimu..~~
Menurut mak Arwah, die yang menunggang
motor bersama adiknya langgar divider coz nak elak kereta. Kesannya, tempurung
kepala pecah, parah. dia sempat mengucap kalimah Syahadah sebelum meninggal
dunia di tempat kemalangan. Alhamdulillah…semoga Syurga menjadi tempatmu.
Sori sebab kita takde bergambar bersama.
Aku ingat lagi kita janji nak amik gambar lepas final exam, but at the end x
amik pun…hu3…~~
DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali...
Al-Fatehah..~~
2 comments:
al Fatihah..semoga Roh Beliau dicucuri Rahmat Ilahi..
innalillah...semoga arwah ditempatkn di kalangan org beriman
Post a Comment