Tuesday, August 23, 2011

Kad Raya

Tahun ni bapa kad raya korang dapat? Dan juga bapa kad raya korang pos kan??(by hand pon xpa..:P)
Teringat zaman-zaman sekolah dulu..ho3..belambah kad raya sampai rumah!!!
Sekarang? Kekangan masa dan juga kecanggihan teknologi menghakis ketaksuban kad raya di bulan pose..hik3~~

Semalam dapat 2 kad raya..Owwww...special thanks to Ina dan Sia...:P
P/S: Entry ni haku type pagi tadi..huk3..xsempat nak post..hehehe

Ni kad raya haku untuk korang..huk3~~TADAAAA~~~


Sowi dah tak cukup masa nak beli kad raya sekarang nih..

Ok sekarang ucapan raya diperantauan pulak..huk3~~
To : Ummu, Ina dan Dila..(housemate)..Zaff???hmmmm....ok la..housemate angkat..ahaks..:P

Beberapa menjelang Syawal ni haku nak mintak maaf banyak-banyak sebab selalu tutup pintu kuat2, nyanyi2 syok sendiri, terkasar bahasa, buat korang terasa, tersombong, termalas nak layan kerenah dan sebagai-bagai kesalahan haku yang ada kat fikiran korang..Minta maaf sebab haku bukan housemate yang terbaik buat korang..ececece~~~
Gud lak for the next paper!!!
Selamat berbahagia meninggalkan Muadzam!!!hu3~~
Panjang umur jumpa lagi IA..Jumpa kat Kedah wedding Ummu..wakakaka~~~

Trimas banyak-banyak Ummu...my dearest rumate..:) for everything

Ina, tq 4 da kad raya again..:) tq kejutkan sahur walaupon haku tak bangun haritu..hehehe

Dila, Aku tak marah ko..juz terkilan. Be careful next time

Zaff, nice to know you..:)

Suwaibah, Zainab, Marlisa, Sia, Fatimah dan kawan-kawan sekelas sume lah..:)
Terima kasih for the best and bad moment yang kita share. Aku terima kebaikan korang dengan syukur dan apa yang selain kebaikan pun bersyukur jugak, Alhamdulillah..:)
Disebabkan kita ni kawan-kawan yang hari-hari berjumpa dan terjumpa, mesti ada terselit sedikit rasa hati, kecil hati, terasa , terannoy, termenyampah, terkutuk, termarah, terover dan tersalah cakap dan segala jenis kesalahan yang korang ingat pasal haku...Haku mohon sangat kemaafan dan ampun. Haku maafkan korang jugak..

Terima kasih Sia for the kad raya.. Ingatkan nape lah mesej malam tadi..hehehe. And mintak maaf untuk segalanya. Mesti ko banyak kan ko terasa dengan haku..ha3~~Sori sangat-sangat, tak jadi kawan terbaik untuk ko..Kalau ada apa-apa, cakap je dengan haku, nak mintak tolong ke apa-apa... I will IA..~~

Mintak maaf banyak-banyak jugak fati kalau aku sakitkan hati ko, aritu amik gambar ko dengan Azim..he3..Lain kali kalau ada apa-apa tak puas hati dengan haku, cakap je terus..:)

Suwaibah!!! ha3~~salah satu kawan batch yang tinggal untuk next sem. huk3~~Time kasih banyak-banyak sue atas apa-apa pertolongan ko selama nie. Pegi exam sama-sama,study kat bilik tv sama-sama, berkongsi cerita semua. Mintak maaf ye atas sume ketidaksempurnaan haku sebagai teman.

Jenab!!! Terima kasih kejut haku malam tadi..ha3..Sori mamai..:)
Hari tu masa haku sakit gigi, thanks for the tips. Tapi air garam tu memang tak best..wakakaka :) Mintak maaf jugak sebab selalu sakat ko..semua tu gurau je dan kalau terover harap dilupakan...:) Ceria-ceria selalu untuk menceriakan haku. Ha3~~

Marlisa!!! terima kasih bulan pose ni kita selalu buka sama-sama kat balai..wakaka...dan jugak adik ko.~~ Aku mintak maaf sebab selalu buat ko marah dan annoy dengan gurauan yang melampau dan terlampau. ha3~..Sori kalau haku terlepas cakap yang tak menyenangkan. Tapi haku tahu ko sayang haku lebeh kan..? :P
Gud lak exam kepada yang belom habis exam...hi3~~~






Juga kepada kawan-kawan sekolah rendah, menengah, kolej dan even kawan tadika..:P

Pembaca blog nie pon jugak lah ye...Kekawan AIBOB, dan segala jenis kawan yang haku ada``

Shida minta maaf ampun di bulan mulia ini sebelom tiba syawal..

JOM MAIN MERCUN~!!!

Sekian~~

Isk3..apa punye kawan da..:P

 

Thursday, August 18, 2011

Surat Cinta

Masa zaman kanak-kanak zaman cinta monyet mesti ada kan yang dapat or bagi surat cinta?ho3~~~
tipoo xpernah..
Haku pon penah..wakakaka...malu jer~~~
Argh bukan itu semua yang haku nak post. Rasa macam tak best laks x update blog nie..

Ala~~haku copy dari fesbuk jer pon..huk3}
Romantik lah surat nie..
Bertuahlah badan kalau dapat surat macam nie~~~


Surat Cinta buat Adamku :

Adamku,
Kau mengimamilah solatku setiap waktu
Akan aku aminkan doamu agar kelak luas Syurgaku

Adamku,
Bangunkanlah aku bertahajud bersamamu
Agar nanti kita diberkati ya Rabbi

Adamku,
Ajarilah aku mengalunkan Kitabullah di malam Juamaat yang penuh barakah
Agar hidup kita penuh berkat

Adamku,
Khabarkanlah padaku tentang fardu-fardu yang patut aku ketahui
Ajarilah aku menjadi isterimu yang solehah
Moga aku hiasan terindah dalam hidupmu.



Surat Cinta buat Hawaku : 

Hawaku,
Ingatkan aku agar tingkatkan ibadah,
Kelak nanti aku biasa mejadi suami soleh,

Hawaku,
Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah,
Agar dapat aku memandumu ke Syurga Al-Jannah,

Hawaku,
Bangunkanlah aku bertahajjud bersamamu,
Agar kelak Rahmat-Nya tiada tandingan untuk kita,
Aminkanlah doa bacaanku, moga nanti luas syurgamu,
Taat dan patuhilah aku,
Kelak solehah menjadi milikmu..

Sekian


Tuesday, August 16, 2011

Ada Tak Orang Lepas Bangun Tidur Terus Senyum Memanjang????

Ada!!!!
Aku ler tu..wakkakakaka
Sebab mimpi si dia malam tadi..ho3~~
Mimpi sekelas dengan dia (kami xkan sekelas sebab jurang senior junior..ahaks)
Mimpi dia pakai baju melayu (gilo xkan ari2 die nak pakai baju melayu)
Mimpi dapat usha2 muka dia lama-lama (kat alam nyata xde nyer nak tgk die lama-lama...heippp..jaga pandangan..)

Itulah namanya mimpi...impian...bermimpi..termimpi..seimpian..dimimpi...ahaks~~
Lepas ni bertaubat balik...Astagfirullahalazim...Alahai shida oi..~~~
Adakah mimpi boleh bertukar realiti? Sungguh Allah tahu yang terbaik



Okey kembali ke alam realiti...
Khamis dan jumaat ada exam...harus kembali ke library menjadi seorang yang nerd~~~

Sekian~~



Sunday, August 14, 2011

Ujian Sehari Sebelom Final Exam

~~Sakit gigi dari pukul 5 pagi...
~~Seterusnya dari gigi sakit kepala pulak "i will follow you"
~~Tadi pagi kol mommy, dapat berita Yayang(kucing ler) dah meninggal last week..huk3..Sebak dadaku menahan sendu~~~

Sedangkan esok pagi ada exam, first paper for this semester, SM(Strategic Management).
Alhamdulillah terima kasih ALLah kerana menyanyangi ku
Kau sahaja yang tahu kesakitan ini. Kifarah dosa-dosa kecil, Alhamdulillah..

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)


Tak termampu nak membuka buku dalam keadaan sekarang...Mak, doakan kejayaan anakkmu ini!!!
Harapnya malam ni boleh sambung study selepas siang tadi hanya tidur meringankan kesakitan..~~

Friday, August 12, 2011

Final Exam

Selamat pagi dunia!!!
Assalamualaikum readers...Rasa macam lama pulak tak update blog.
Kenapakenapakenapa?????

Ahaks, Cik Blogger tengah menyibukkan diri dengan persiapan bertunang seterusnya majlis perkahwinan menghadapi final exam!!! 
Walhal study tak berapa rajin pown..huk3..Sibuk dgn benda lain seperti tidur, online dan sebagainya..

5 paper je, tapi susah!!!
Makin sikit subjek yang diambil makin sesah nak score kankankan??
Bukti?Sebab masa short sem aritu 2 subjek je tapi tak dapat pon A, padahal 2 jer kottt!!!

Stop here, nak pegi brekfest study(konon2nyer)

Jadual exam..grrrrrr


GUD LAK KEPADA YANG BAKAL MENGHADAPI EXAM JUGAK.~~~~
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, kuatkan daya ingatan kami dan bantulah kami dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang. AAmiinn..


Sekian

Sunday, August 7, 2011

Saf ketika solat berjemaah

Alhamdulillah hari  ini berjaya bertarawih lagi..korang? harapnya kita sama-sama merebut buat pahala. Especially ibadah sunat taraweh sebab kat bulan-bulan lain mana ada taraweh ni. Kira special lah kan bulan Ramadhan nie..



Haku nak cerita pasal kejahilan haku tadi.
Masa rakaat keberapa ntah, makmum dua dari kiri haku kua dari saf. Sedar tak sedar saf sebelah kiri haku dah kosong. Maknamya makmum sebelah haku dah bergerak ke kiri memenuhkan saf. Tapi haku tak bergerak ke kiri sampailah habis solat. Haku harap orang sebelah kiri haku akan ke kanan penuhkan saf. Last2, kosong jer lah saf sebelah kiri haku tuh. APAKAH??
Pas bagi salam haku tegurlah makmum disebelah kiriku itu since dia kawan haku ponnn...

"rapatkan saf ke kananlah..." kataku lembut...
then orang sebelah kawanku itu tegur apa yang haku perkatakan tadi..
"rapat ke tengah lah" bernada serius namun masih lembut. Then haku diam dan senyum jer lah. Boleh lawan ke cakap die tu tudung lagi labuh dari haku..Ahaks...haku ikut jer lah and dalam hati cakap nanti haku nak tanya en google pasal benda nie..

Sebab seingat haku dan setahu haku, seeloknya saf dirapatkan ke kanan. Means kalau ada makmum keluar saf, makmum lain hendaklah bergerak ke kanan. Selama ini, yang ni lah yang haku tahu dan buat. oh jahilnya diriku ini~~~

So haku pon bersahabatlah dengan Pakcik Google agak2 setengah jam jugak. So jumpalah sumber-sumber ilmu yang sangat membantu perihal isu ni. 

Sebenarnya kalau ada makmum keluar, saf perlu dirapatkan ke tengah, maksudnya ke arah imamlah kan. So kalau macam isu haku tadi memang sepatutnya haku yang bergerak ke kiri sebab imam disebelah kiriku(tengah-tengah). Itulah kesimpulannya. Malas nak membebel banyak-banyak, bukan korang baca pown..ahaks...
So selepas ini Insyaallah takkan berulang lagi kejadian ini..hehehe...Thank you Allah..
Sila rujuk sumber rujukan saya DISINI dan SINIJUGAK

Sekian

Thursday, August 4, 2011

Sapa banyak jerawat angkat tangan!!!

Ummu "Banyaknyer jerawat shida.." 
Ho3, Ummu baru nmpak dengan jelas ek..coz pakai spek..adehei...Mana ada byk Umu sayang...Baru Big 3, belom Big Four(aku refer to audit firm,..sapa tak paham dok diam2) lagi...huhuu

Bukan nak katalah kan, tapi aku tengah kata la nie..erk..
Sebulan yang lalu dan sebelum-sebelumnya, kulit haku memang licin beb, xdelah licin macam kulit epal tuh!. At least 1 jerawat pon tak mahu lekat. Kalau ada pon bila nak datang bulan lah tu pon sebutir je pon...Tapi semenjak bulan lepas, jerawat ni tiba-tiba plak admire kat muka haku..huhuhuhuhu

Kenapa ek???
Adakah ada kaitan dengan segi kesihatan seperti yang diperkatakan kat SINIII
Atau stress sangat ke haku? Rasanya tak. Muka slumber je macam xda masalah

Yang haku pasti jerawat ni naik selepas tak sampai seminggu haku tukar pencuci muka daripada E***r* kepada S*** *a**a. ha3...sapa leh teka memang hebat!!
Apsal lah haku gatal-gatal tuka pencuci time tu kan..adehei...Kalau ikutkan hati haku pon taknak tuka, best kot guna E***r* tuh. Tapi time tu memang xde duit kot sebab sabar-menanti-ytn That pencuci muka mahal skit(byk..errrr)..huhuhu...So haku pon try lah pencuci muka tu yang hanya RM14.90 yang dibeli di Farmasi Syifa'. Murah tuh.. Tapi sayang tak sesuai dengan kulit muka haku..huhu

So kesannya, jerawat-jerawat tanpa segan silu mula bertandang, makin hari makin meriah plak dorang wat kenduri kat muka haku. huhuhuh
Then beli pulak pencuci muka lain, tak mahu semakin teruk muka haku nie..Alhamdulillah berkurang sedikit. Tapi sekarang ni adalah lagi 3 ekor jerawat yang tengah hidup segan mati tak mahu. Hopefully dorang sume terbunuh sebelom raya ini. Arghhhhhh


Dalam masa yang sama haku kena bersyukur jugak. Dapatlah merasa perasaan bila muka banyak jerawat. Selalu muka bersih je, apa salahnya sekali sekala ada jerawat..hehehe..Boleh tahu dan rasa macammana risaunye orang-orang yg ada banyak jerawat kat muka..:)
Alhamdulillah tiada lah teruk mana pon. Orang still kenal haku walaupon dari jauh apatah lagi dari dekat..
oh tu shida, oh tu joned..hua3

Ada tak petua untuk yang dapat hilangkan jerawat dalam masa sehari?huhuhuu

Malas nak membebel bebanyak dah...tulun doakan jerawat haku mati dan tak kembali ye...Aamiinn...tq2..:)



Sekian