Sunday, October 30, 2011

Hebat sangat ke minda kamu~~

Salam hari ahad semua. jangan lupa senyum dan bersyukur sebab masih lagi boleh blogwalking...ahaks..:P 

JOM MENGUJI SAMA ADA KORANG MEMPUNYAI MINDA YANG KUAT!!!


 If you can read this you have a strong mind:



 7H15 M355463 53RV35 70 PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1N6 7H1N65! 1MPR3551V3 7H1N65! 1N 7H3 B361NN1NG 17 W45 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 L1N3 Y0UR M1ND 15 R34D1N6 17 4U70M471C411Y W17H 0UT 3V3N 7H1NK1N6 4B0U7 17, B3 PR0UD! 0N1Y C34R741N P30PL3 C4N R34D 7H15. R3 P057 1F U C4N! ^_^


Selamat mencuba~~~


Sekian

Friday, October 28, 2011

Cepatlah masuk meminang~~

Tadi usha-usha page kat fb, jumpa artikel ni. Pasal petua agar cepat dipinang sang jejaka. Ahaks..:P
~~


Sentiasa Memelihara Penampilan - Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki dan cepatlah dia akan meminang anda.

Lemah Lembut Orangnya - Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

Sentiasa Menjaga Maruah Diri - Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

Merendah Diri - Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.

Harap-harap Lepas ni Ramai la gadis-gadis yg Lemah Lembut & Sopan Santun. Heheheh!
Banyak jugak yang kene improve ni.Ho3~~

Sekian..

Misi untuk kurus!!

Yeah!!
Visi dah lama ada...Tapi baru gerakkan misi hari ni..hi3...
berjaya skipping pepagi nih smpai peluh-peluh..fuhh

Haruslah menyahkan lemak-lemak yang semakin at comfort zone dan happily kat badan haku!
Petang ni jogging jom!!
Dah bape lama tak jog...huk3~~

Dah penat-penat pas skipping, sekarang tengah menikmati blueberry cheese dan choc banana..yum3...:P



Sekian~~


Thursday, October 20, 2011

Practical Training

Baru 2 hari tak hupdate blog
Rasa macam seminggu x menjenguk...
hu3

Maklumlah minggu ni haku bizi skit dengan project paper dan mencari melilau mengapply tempat practical yang sesuai..Hu3~~

Terima kasih sebab ada yang sudi melepak kat blog ni. Nanti haku free haku akan balas kunjungan anda. :)

Sekian

Tuesday, October 18, 2011

Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia

Lately macam rajin pulak nak join segmen itu ini..heee~~~
Macam best pulak, selain dapat follower, dapat kenal and tahu blogger-blogger hebat di industri(erk) blog Malaysia...

Sebagai blogger cute, haku pon join segmen adik yang cute ini..hi3..
                                                            JOM CLICK RERAMAI


Requirement segment ni


Nama Panjang/Pendek Saya: Shida, Joned, Madulebah, Shidot, Shidasan dan panggilan kat rumah xyah tahu lah..ahaks..

Tarikh Lahir Saya: baru jer mencapai umur 23..ho..10101988

Saya Belajar di Sekolah/Universiti : Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)..Final semester course Accounting...~~:)

Nama Blog Saya : luvabenbaby

Follower Blog Semasa Saya : 262..terima kasih dear followers!!

Blogger Otai yang Saya Minat Gilerz : banyak lah jugakboleh dikatakan semua..hm..antaranya Kak BadiahJoehamzah ian. Shida memang respect betol blogger yang ramai peminat, tapi tak sombong untuk usha-usha balik blog kita and tinggalkan jejak..:)

Harapan dari Saya : harapan ni subjektif kan? shida berharap tahun depan ada orang masuk minang..ahaks..:P . Sebagai blogger, harapnya pembaca blog shida dapat manfaat ilmu atau info walaupon sedikit..




Sekian~~

Monday, October 17, 2011

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

TENGAH NGANTUK-NGANTUK LEPAS KIRA SAMPLE UNTUK PROJECT PAPER, JOM JOIN GIVEAWAY NIH. SUPPORT BLOGGER..:P

                                                                     CLICK TO JOIN

MAAF SEBAB CAPS LOCK. HAHA..MALAS NAK UNCAPS LOCK. NAK TUNJUK RAJIN, HAKU WAT KEJE HARINI..AHAKS..

HADIAH NYER BEST WEY...JOM LAH JOIN KALAU BERMINAT...
TADAAAA...



PEMENANG 1 
HOTPERFUME 20ML (2BOTOL) + 5 ML (4 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1) SPRAY (1) (Hadiah bernilai RM130)

PEMENANG 2 
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) + 5 ML (3 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA SPRAY (1)
(Hadiah benilai RM90)


PEMENANG 3
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) +  5 ML (2 BOTOL) + PERFUME KERETA SPRAY (2) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1)
(Hadiah benilai RM80)

tarikh tutup penyertaan : 31 oktober 2011

SEKIAN~~~
MAAF MESTI KORANG ANNOYING SEBAB TULISAN HURUF BESAR...:P

Sunday, October 16, 2011

Hatiku Di Harajuku

Eh...
Bukan hatiku di Muadzam Shah ke? :P
Even jasad pon kat Muadzam Shah City...
Ahaks..

"Hatiku di Harajuku", novel thriller karya Ramlee Awang Murshid. Semalam haku beli sebagai hadiah hari lahir kepada diri sendiri. Hehehe~~~Bila Birthday haku? kalau korang scroll down blog haku ni jumpa lah~~

Actually haku cari novel "Tombiruo" atau novel beliau yang haku belom baca. (selain siri Laksamana Sunan).
Malangnya yang ada kat kedai buku tu cuma "Hatiku di Harajuku" dan "Tombiruo Terakhir". So haku decide nak beli yang ni dulu. Nanti next next week baru beli yang lain. Itupon kalau stok novel dah ada.. huhuhuhu


Kpd Mr tuuuutttt...shida tengah jeles ni..huk3~~
Sekian..~~

Saturday, October 15, 2011

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG

                                                                            CLICK to join

Ahaks....dengan senang hati haku join segment ni. Bukan selalu join. Kebetulan sekarang tengah malas-malas nak buat perkara berikut:
-project paper
-Tutorial Internal Audit
-Tutorial Integrated Case Study
-Usha-usha Consolidated Financial Statement

Ahaks...sah memang last minute punyer orang....

Sekarang tengah layan lagu ni. Best... Lama tak dengar...
Korang mesti suka nyer lah..!!!!

Kebiasaan dan Sepatutnya

 1. Tengah jalan-jalan cover ayu and chomell on the way ke kelas, boleh pulak jatuh terjelepok kat tepi tangga..
"ahh!!! damn!! sakit kaki haku..siot nyer kasuh high heelsss" sambil muka merah2 tahan malu beb...

Sepatutnya : 
" Innalillahiwainnailairojiu'n..kifarah dosa ni.."
✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH, (x semestinya bila orang meninggal jer kita ucap kalimah ni, even kita ditimpa musibah pon boleh juga. jatuh tu kan musibah namanya)

2. Malam-malam tengah dating dengan aweks kat pantai...ahh..pantai mana-mana lah...~~Tengok atas, ada bulan mengambang..sekali aweks tu jadi pontianak.er..itu cite lain..~~
Ayat si lelaki : "Cantiknya bulan malam ni, cantik lagi bulan di sebelah abang ni.." sambil senyum-senyum kucing gatal. 

Sepatutnya: 
"Subhanallah cantiknya bulan malam ni dinda. Rasanya kita belom Isyak lagi..jom g masjid kat area-area ni"(ade ke yg macam nie??!)
✔ Subhanallah ▬ ► Maha Suci Allah,

3. Anak perempuan Encik A meninggal dunia dilanggar kereta ketika melintas jalan ketika pulang dari sekolah.
encik A "Kalaulah haku tak lewat ambil anak haku, mesti semua ini tak terjadi..."

Sepatutnya: "MasyaAllah...aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.."
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,

4. Tidur dan tidur lena sampai mimpi repeat 2 3 kali...teeettt terlewat subuh. Bangun kol 7.39 untuk subuh. Buka mata 5 saat pastu pejam balik...erk
Dalam hati. "lek dulu..nanti-nanti lah ak qada' balik..aishhhh"

Sepatutnya: Dah tahu lambat tu bangun jer lah. Takkan takde rasa bersalah..huhu...
"Astaghfirullah..aku lewat subuh!!!" then terus ambil wudhuk. qada' time tu jugak
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah 

5. Korang perasan tak selalu kalau golongan pakcik2 or makcik2 kalo depa bangun dari duduk atau nak duduk, mesti dorang sebut "Allahuakbar" ? Kan indah ucapan itu daripada, "adeheii pinggang haku.." atau "sakitnya kaki haku" Korang tak perasan ke?aishh...Kalo tak perasan cuba pegi masjid, duduk sebelah mereka. Mesti korang dengar. Yang indahnye, Allahuakbar tu macam memberi kekuatan kepada mereka ini. Allahuakbar. Sampaikan diriku dah terikut. 
Ex roomate pon terikut lah kan..Kat kelas bila nak bangun dari tempat duduk die pon cakap lah Allahuakbar..tau apa kawan sekelas die cakap?
"Macam orang tua lah kau ni.."
:)~~
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU, Allah maha besar

6. Selepas melahap 3 pinggan Kuew Teaw Goreng Tomyam...gulpp...sedapnye
"Kenyang giler weiii..rasa nak meletop je perut wa ni..." Mana xnak meletop nyer...makan over die nie..haissss

Sepatutnya: "Alhamdulillah...terima kasih Allah..kenyang sangat dah ni. Masyaallah..haku ni terlajak makan ni!!..Astaghfirullah..lepas ni tak mahu makan berlebih-lebihan lagi...Allahuakbar.. "
✔ Alhamdulillah ▬ ► segala puji hanya untuk Allah. ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU



Sekian~~

Friday, October 14, 2011

Shopping time!!!!

Sepetang di hari khamis(semalam ler)

Terjaga dari mimpi, terus memaksa diri bangun walaupon rasa nak tido lagi 2 3 jam..ahaks...
Bangun2 solat asar dulu then...online mencari petanda mimpi haku tadi...
TADAA~~~~ loan YTN(Yayasan Tenaga Nasional) dah masyukk!!! :P

Bila ada duit, apa yang terlintas difikiran u all girls...???? SHOPPING!! :P

Tapi haku bukan nyer berbelanja kat Mall @ Shopping Complex yang sangat komplex...
Gunakan teknology beb, online der~~
hehehe~~~~

Meh aku share skit link2 tempat aku shopping..
1. Tudung yang haku minat--kat sini..bagi haku murah, ada khelass and cantik..:) memang bila ada tudung baru kuar, mesti usha-usha cuci mata..hu3~~

2. Nak shopping barang-barang wanita-kecantikan dalam dan luar..ahaks...murah..kos penghantaran cuma rm4 walaupon barangan yang korang beli tu 10kg...memang berbaloi2~~:P

3. Baju...actually dah lama tak shopping online baju..sebab??selalu beli saiz tak match..ahaks...maklumlah shida ni comel skit, baju pon kene chomelll...so terpaksalah sedekah bebaju yg terbeli kat anak-anak buahku..but baju kat sini memang antara yg murah lah yg pernah jumpe..:)

4. Haipp..sume nak bagitahu...hahaha...yg lain2 shopping sampingan jer...untuk ubat kurus, ubat chantek, ubat nak tinggi rahsia..haha..~~xmo share..:P

Ada yang sudi nak share shopping centre(online ler) lain?? tq.. :)

Sekian...nak mengorder nih...hehehe~~



Tuesday, October 11, 2011

10102011



Last year..10102010 haku ada berangan kalau ada orang meminang haku ka..menikah ka..hahaha
sebab nombor tu cantik. Tapi itu hanya angan-angan...arghh..sudah!!!!

Di hari lahir (yang kena ada dan buat)

1. Sujud syukur. Terima kasih Allah..dah 23 tahun menghirup udara Mu..menikmati dunia indahMu..
2. call mummy...cakap terima kasih sebab melahirkan haku di dunia ini...
3. Lots of wishes from friends and family member..tq semua
4. Celebrate birthday..Tq korang (Sue, Jenab, Fati, Sia, Nisa, Ain dan Marlisa)
5. Hadiah!!! terima kasih kepada yang memberi. Hadiah yang paling bermakna ofkos doa dari mak, keluarga dan jugak teman-teman. 


pndai korg pilih kek...sedap...tq korang...:)









Subhanallah..cantik!! :P
Sekian..

Wednesday, October 5, 2011

Bila Berkecil Hati

Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili (haku pon terasa..ho3)

So, the conclusion is... kalau dpt teguran patut berterima kasih
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah





Hu3...kadang-kadang senang je hati ni nak terasa, sakit hati dengan perangai yg kurang menyedapkan, nyumpatan dari kawan sendiri, teguran dan sebagainya dari orang sekeliling. Padahal tu lah seperti yang dibincangkan anak-beranak kat atas nie..semua tu teguran dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah menguji kita. Itu tanda Allah sayang kita..Alhamdulillah


Haku nak tulis bebanyak pon..malas lah...memang ketidakpuasan hati tu banyak sangat kat seseorang hamba Allah nie..Astagfirullah...Yeah aku memang manusia, cepat melenting bila diri di hina, dikhianati dan ditipu. Namun sebagai hamba Allah haku kena cuba sedaya upaya sabar..Istighfar..dannn...dia juga manusia...~~


p/s : kekawan, haku dah xmo bagi pahala free kat 'dia'


credit to rumet: copy cite kat atas tu dari wall fb die..:P




Sekian,





Monday, October 3, 2011

Tragedi Oktober

Jap ni bukan nak nyanyi lagu Awie tu ok walaupon haku suka gaks lagu tuh..hehehe..
Teringat kenangan berkaraoke dengan Jenab kat Dataran Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah!!

Daripada haku asyik blogwalking jer dari pagi tadi, baik haku update skit blog buruk nie..ahaks

Apa tragedi bulan nie??
-Bulan 10 ni umur haku akan meningkat kepada 23.. Sudah tua..ahaks...
-Berat pown meningkat sebanyak 3 kilo...pergh..sakit kepala ni ha pikir nak turunkan balik..ape kes sukahati sangat makan banyak-banyak kat rumah.

-So, Food Court akan rugi sedikit sebab nanti haku tak mahu beli makanan banyak-banyak dah..hu3~~~

Tadi chatting dengan kawan baik...so dapat satu kisah benar yang membawa pelbagai pengajaran

pengalaman kawan punya kawan baik.
~~Di tinggal kekasih hati untuk bertunang dengan orang lain.
Haku turut kecewa dengan apa yang terjadi pada kawan kepada kawan haku itu. Sampai hati lelaki itu tinggalkan awek dia semata-semata nak bertunang dengan orang lain. Secara tak langsung rasa macam tawar hati jugak dengan lelaki zaman sekarang... Bila dah jumpa perempuan yang lebih baik dari awek dia, terus je tinggal gitu..aishhhh~~~

Sekian

Tengah layan lagu nie


Best lah lagu Stacy yang nie...
Mendayu-dayu..
ouch
Nway lelagu KRU sume best2~~~
Suka BOTAK berlakon dalam dite nih...hehehehe~



Sekian~~