Sunday, June 5, 2011

Pesanan Buat Kekasih(siot cam tjuk lagu Spring..)zzz

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya(untukku jua)..
Tolong beritahu si dia dan diriku, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia dan diriku, cinta manusia bakal membuat kita alpa..

Tolong nasihati si dia dan diriku, jangan menyintaiku(nya) lebih dari dia(ku) menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia dan diriku,jangan mengingatiku(nya) lebih dari dia(ku) mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia dan diriku, jangan mendoakanku(nya) lebih dari dia(ku) mendoakan ibu bapanya(ku)..

Tolong katakan pada si dia dan diriku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia dan diriku, dahulukan ibu bapanya(ku) kerana di telapak itu adanya syurga.

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia dan diriku, bila kami mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia dan diriku, bila kami tenggelam dalam angan-angan..
Tolong tegur si dia dan diriku, andai nafsu mengawal fikiran kami..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia dan diriku, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia dan diriku, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindu..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong bisikkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Dan kadang-kadang aku juga terleka..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia bakal kekasih halalku
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak pasti siapakah si dia

Walaupun bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi

No comments: