Wednesday, June 29, 2011

20 Panduan Jadi Kaya Raya

ha3..sori bout da topic

Hmm..rasa macam tak best pulak kalau lama-lama meninggalkan blog. So ni nak cerita sikit pasal 20 kriteria untuk dijadikan panduan hidup gembira dan senang hati. 

PERTAMA. 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. Perlu ya adik-adik kita belajar dan didik diri untuk ikhlas

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 

KETIGA. 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Khabar angin lah tuh..
Berbelanjalah sekadar apa yang ada.. Berjimat cermat especially yang PTPTPu baru je masuk..huk3

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", cerminlah diri kita dhulu samada layakkah kita m'cintai. 

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya[sesama kaum]. Dari mata turun ke hati. IA maaf tu sampai kehati orang kita memohon kemaafan.

KEENAM. 
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. hmm..Bila ek En. F nak masuk meminang..:P

KETUJUH.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. 


KELAPAN.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

KESEMBILAN.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Ketenangan tu datang bila kita bersendirian dengan Sang Pencipta. Bila resah, mengadulah padaNya..Pasti tidak akan hampa

KESEPULUH.
Senyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. 

KESEBELAS. 
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. Orang kata, dalam setandan pisang tuh mungkin ada sebiji dua yang rosak atau busuk. Erk, lebeh kurang gitulah. 

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

KETIGABELAS. 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,
"Kenapa anda ingin tahu?" 

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. Betol3

KELIMABELAS.
Ucaplah "YARHAMKALLAH" apabila mendengar seseorang bersin. Walaupon bunyi bersin orang kadang-kadang sangat kelakar dan comel..hua3~`:P

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. 

KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri; 
Rasa hormat kepada orang lain; 
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 

KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. Kesilapan yang dilakukan berulang kali itu bod-oh. ~~


DUAPULUH
Hati-hati dengan hati

Trimas

No comments: