Sunday, July 31, 2011

Laksamana Sunan di Layar Perak?

Tajuk tak bleh blah..hik3...
Bayangkan kalau Novel-novel thriller RAM(Ramlee Awang Murshid) di buat filem .Pergh!!!!
Mantap sih!!!
Agak-agak macam filem Puteri Gunung Ledang dan Hikayat Merong Mahawangsa!!

Hero? Yang femes sekarang Aaron Aziz lah...Badan dah memang macam pendekar..ahaks..!!!

Saifudin???

Heroin?  Haryani? Ratna Sang Ratu?
Tak tahu lah sapa yang sesuai..SAPA EK???

Hmmm

mcm x sesuai

ntah

Rita???

Tak pon Heliza??? ho3..Ini hanya khayalan..Kalaulah ada filem sunan ni kan..hmmm

Yeah haku list kan dua heroin je kat atas sebab baru baca sampai Hijab Sang Pencinta. Baru je khatam nie...hehehehe
Kelakarlah time Saifuddin pakai baju dani tuh..hahaha...Tergelak haku ketika membaca ketika di dalam Auditorium UNITEN- Symposium Consolidated Financial Statements...Erk..hi3

Alhamdulillah dah ada semua novel sampai Sutera Bidadari. Tapi macam kene tangguhkan pembacaan..huk3!!!
Kena bizikan diri dengan Presentation(esok dan lusa), proposal dan jugak final exam yang akan bermula 15ogos nih!!!

Berjaya dimiliki!!!!..hehehe

Sekian..





Friday, July 29, 2011

Baru Perasan

Baru perasan kat atas meja makan ada kueh masak lodeh yang haku beli dua hari lepas.
Baru perasan baju yang di dobi dua hari lepas belom diangkat dan dilipat @ dikemaskini.
Baru perasan sekarang baru nak buat Case Study SM(Strategic Management) dan Proposal untuk RM(Research Method). @@
Baru perasan Final Exam semakin hampir
Baru perasan haku ni perasan
Erk




Ni semua gara-gara PELUPA
Macammana nak atasinya? GO AWAY PELUPA!!



Ok sekian

Thursday, July 28, 2011

28 Sha'ban

Dah dekat sangat ni Ramadhan nak berkunjung.
Seronok dengan bersahur
Seronok dengan Taraweh
Seronok dengan Pahala Berganda
Seronok dengan Bazaar Ramadhan (jgn berlebih-lebihan pelisss)
Seronok dengan Lailatul Qadr
Senorok dengan Raya (erk...haippp..pose dulu k)




Sudah ada dalam kepala nak buat kueh raya apa tahun nie..hik3~~~~
Selamat menyambut Bulan Ramadhan kalian...
Sekian~~


Wednesday, July 27, 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)

Last week balik rumah. Sampai-sampai terus air mata mengalir. So haku assume tangisan itu sebagai cara meringankan beban di kepala, mencuci mata(airmata) dan ....seeloknya kita kena menangis..jangan terlalu lama tidak menitiskan air mata.
Dah nangis puas-puas. Jangan tanya kenapa haku menangis.~~~

Again post ni dihambil dari blog lama haku. Sekadar berkongsi rasa dan pengisian.

Jgn berdukacita, sbb rasa sedih
akn terus mgganggumu dgn kenangan
masa lalu, akan membuatmu khuatir
dgn segala kemungkinan pd mse yg akn dtg,
dan akn menyia-nyiakan peluangmu pd ari ini

Jgn berdukacita, sbb rse sedih hanya
akn membuat hati mnjd kecut, wajah
menjadi muram, semangat akn padam,
dan harapan akn menghilang

Jangan brdukacita, sbb kesedihan hanya
akn membuat musuh gembira, membuat kwn
bersedih hati, dan membuat org yg mendengki
senang dan membuat hakikat2 yg ada berubah.

Jangan brdukacita, sbb rse sdeh dgn
menentang qadha dan menyesali sesuatu
yg pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat

Jangan brdukacita, sbb rse sedih itu datngnya
dr syaitan dan kesedihan itu adalah
putus asa yg menakutkan, kefakiran yg menimpa,
putus asa yg berpanjangan, tekanan yg
terpaksa dihadapi, dan kegagalan yg menyakitkan.

Jangan bersusah hati sbb ia hanya
akn membuatmu lemah beribadah,
malas unt brjihad, putus harapan,
mengheretmu unt brburuk sangka,
dan menenggelamkan anda ke lembah
pesimisme

Jangan brdukacita, sbb rse sedih dan susah hati
adalah akar penyakit pelbagai jiwa,
punca penyakit saraf, penghancur jiwa,
dan penyebar keraguan dan kebingungan.

Jangan brdukacita sbb ada Al-Quran, ada
doa, ada solat dan sedekah, ada
perbuatan baik dan ada amalan yang
memberi manfaat.

Jangan berdukacita, dan jgn sesekali
menyerahkan kpd kesedihan dan tidak
melakukan sebarang kegiatan.
 SOLATLAH…
BERTASBIHLAH..BACALAH…MENULISLAH…
BERKERJALAH…BERSILATURRAHIMLAH…
DAN MERENUNGLAH…


Dalam sehari-hari memang kadang-kadang kita sedih marah sakit hati geram pada orang sekeliling termasuklah kawan sendiri, mak, ayah dan sesaper jer lah. Walau seakrab mana pasti terluka itu ada. 
Sebagai manusia, katakan pada diri "oh, dia juga manusia seperti aku.."

Ok yang last tu merepek saja cakap ikut suka hati..
Sekian..






Monday, July 25, 2011

Beza Menyintai dan Menyukai

Erk, tajuk sedikit jiwang seiring dengan usia owner blog nih..wakakaka

Pernah tak korang terserempak dengan orang yang korang minat suka cinta sayang, korang rasa kaki korang menggeletar?! Berpeluh(dingin)?! rasa nak lari jauh-jauh?!
Berkata-kata dalam hati "dont look here"?!  
Ok tu ayat intro saja...haha~~


Yang kat bawah ini haku hambik dari blog lama haku dahulu-dahulu kala. Kebenarannya? Tepuk dada tanya iman

Di hadapan orang yang kita cinta, hati
kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati
kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga.
 Di depan orang yang kita suka, musim itu
cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku 
Jikalau kita melihat mata orang yang
kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah
kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah
bebas berkata apa sahaja.



Di depan orang yang kita cinta, kita
menjadi malu.
 Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang
yang kita cinta.
 Tapi kita selalu merenung mata orang
yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis.
 Bila orang yang kita suka menangis, kita
akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.





Sebenarnya tadi nak post pasal mende lain, takpe lah...Lain kali ek..
Sekian

Selamat Kembali Bertugas

Baru je menjejakkan kaki ke Muadzam Shah pukul 10:30 tadi..
Alhamdulillah selamat sampai
Penat plus mengantuk plus tak mahu mandi..sejukkk...huhuhuhu

Jom blogging


EH~~~study!!!
esok de Quiz SM(Strategic Management)

Esok smbung ~~~

Thursday, July 21, 2011

Segmen : Saya Blogger Ipta/s

CLICK SINI

Yang ni pulak segmen yang dianjurkan oleh Cik SBK(Saya Budak Kurus). Boleh singgah SINI nak usha-usha blog beliau. 

Arahan nyer:
  1. Buat entry bertajuk Segmen : Saya Blogger Ipta/s . Done
  2. Tampalkan header di atas dalam entri korang dan linkkan ke entry ini. Done
  3. Follow blog SBK ? (ikut sukalah pada yang ingin or tak ingin). Done
  4. Nyatakan ipta/ipts korang.  UNITEN(Universiti Tenaga Nasional) 
  5. Jatuhkan link tersebut di ruangan komen entri ini. Okey
  6. Tarikh tutup : TIADA (bloglist sentiasa di update) tq
Gambar hiasan..:P
Pasal UNITEN? Jangan tanya boleh tak? Rasa macam nak bagi hadiah jer!!! huhuhu
Boleh rujuk kalendar-uniten-20112012 dan masalah-rumahtangga-di-uniten dan boleh-tak-nak-kutuk-uni-sendirihu3. Jadi kesimpulannya saya sayang UNITEN...Grrrrrrr~~

Makna kata just suka-suka nak kenal-kenal blogger-blogger di kalangan pelajar Universiti. Makna kata budak sekolah, budak tadika dan orang yang dah kerja takleh join sekaki ek??? Yang ni tanya cik penganjur ya..ho3~~~




sekian



IDA : BLACK AND WHITE CONTEST

click sini

Hamende nih?Saja haku mensupport cik IDA ni nyer contest. Hadiah dia best kowt..hehehe
sapa-sapa nak join jom click SINI.

Simple je arahan contest ni..
1) buat entry bertajuk, IDA : BLACK AND WHITE CONTEST
2) letak header comel aku kat atas tu dan link kan ke entry ni.
3) letak gambar Black and white korang dalam entry tu yang korang rase paling CUN la kan.. nak edit ke ape.. suka-suka korang..

Tarikh tutup : 12 Ogos  2011, hari Jumaat 11.59pm
Hadiah!!!


Setelah godek-godek my lappy yang tiada banyak gambar sendiri(hik3), finally jumpa gambar haku bersama si kembar ini. 
Kenapa gambar ini? Nak mintak korang semua doakan haku dan Encik Bakal Suami dapat anak kembar jugaks..Hik3~~~
Best dapat dua sekaligus..:P




Sekian~~




Macammana Nak Tuka Protokol Facebook from http to https?

Disebabkan ada 2 aweks blogger( lynn lola dan cik pip) tanya haku macammana nak tuka setting 's' kat FB tuh, maka dengan ini jom belajar macammana nak tukar. Kalau ada yang tahu tu, tolong-tolang eh korang nyer roomate, housemate dan seangkatan dengannya kalau depa nak tukar.





Apa kebaikan ada 'S' kat https tuh?
S tu bermaksud security. So makna kata lebih selamat lah FB kita tuh, susah orang nak hack atau hantar atau post kat wall kita benda-benda yang tak elok, spam mesej dan sebagainya. Sori haku bukan tahu sangat IT ni sangat.
So far ok lah, takde dah request application yang mengarut-ngarut di wall haku sejak guna https beberapa bulan yang lalu. tapi kena jugak yang kat SINI.

Ok, first step, Pegi kat sebelah kanan atas FB wall korang, click account and choose Account Setting. Jom usha gambar ni

nampak kan yg haku bulatkan tuh
Next!! Lepas click Account Setting tuh, Korang click kat Account Security macam gambar kat bawah ni

Sila click kat Secure browsing (https)
Last step yang kacang goreng tuh. Click save. Akhirnya FB anda IA selamat tiada spam-spam dan application yang xbest tuh. 

Nampakkan 'save di situ. Sila click tanpa was-was..

Ok dah siap..:)
Kalau tak faham boleh bertanya..:)
Tengah jalan-jalan tadi, jumpa post yang menarik untuk sesapa yang terkena  facebook-virus-dan-cara-mengatasinya. Jemput melawat ya. 








Jangan Nakal-nakal

Tolonglah jangan buat dajal kat kawan-kawan kita macam nie.. :P
Cian tau tak!!!




Tiada idea nak tulis..~~

Tuesday, July 19, 2011

Facebook Kena Hack

Hari ini kelas haku ada malam nanti je kol 8. So bersenang-lenang je dari pagi sampailah sekarang. Ha3..
Konon nak buat RM(Research Method), tapi haremmm....Baca novel tak tak habis-habis, tidooo(ofkos) dan online. He3..

Oh come on Shida, wake up!!! final dah semakin menjelang..arhggghh...Ok janji malam ni siapkan RM tuh. Tak online selagi tak siap!! Trust me!



Actually tajuk tu silap, sepupu haku nyer facebook yang kene hack..Malas nak cite panjang-panjang..usha jer lah gambar nie


Awal mesej memang haku dah pelik, sejak bila dia speaking dengan haku ni. Kalau speaking jawa lainlah sebab sama-sama jawa..ho3..Tapi aku layan jugak.


Aik...dia speaking lagi. Nak menguji kefasihan haku speaking english ke hape?memang berterabur lah..ha3
Pe laugh-laugh? Dah memang gaya macam bukan dia, si sepupu ku itu..


Banyak la video dia. Bila masa kami ada buat Video Clip..:). 


Heh, sapa kata aku tak pandai speaking...ha3~~
Ce teka akuclick ke tak link video yang dia bagi tuh? ~~

Last mesej dari dia


Nak je aku reply, "ada aku kesah???!!!"
Sebab haku tahu itu bukan sepupu haku. Sapa lah yang hack dia nyer tuh..HUHUHU


Memang tak selamat tol lah FB tuh. Sebab tu aku put https// kat protocol FB tuh. 'S' tu stand for security. Korang tahu buat tak?Kalau tak tahu boleh haku tolong ajar.

Hati-hati ye sekalian pengguna tegar FB, senang sangat nak kena hack. Selamat beramal semua~
Jom beriadah sekejap



Sekian









Ye..Saya Jatuh Cinta

Ketika masih dalam perut sudah jatuh cinta dengan Allah.
Sejak dari lahir dah jatuh cinta dengan Mommy dan Daddy, adik beradik keluarga semua lah.
Selepas belajar kat sekolah rendah, Mula mengenali dan mengasihi Rasulullah S.A.W.
Selepas itu kawan-kawan dan makhluk di sekeliling..

Arghh..fail buat ayat


Sekarang umur dah leh jadi mak budak, sudah jatuh cintakah?? ho3 !!! biar hati sendiri berbicara
Walaupun andaikata walaubagaimanapun seandainya sudah, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum melafaz cinta.

Erk ok berhenti disitu!!! Haku bukan nak cakap pasal mende nie..
Tapi pasal aku dah jatuh cinta dengan lagu MUHASABAH CINTA ni
Ce cuba try test denga

Actually dah lama tahu kemunculan dan kebest-an lagu nie..Tapi malam tadi baru betul-betul menghayati lagu nie semasa blogwalking..ha3..
Sabar nyer Cik Roommate..bersabarlah denga lagu nie terpasang 24/7..ha3

ok sekian